Dr Zulkifli Al-Bakri – Mufti Wahabi Wilayah Persekutuan bertopeng ASWJ

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi pendedahan bahawa Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bukan sekadar merugikan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menguntungkan golongan Wahabi-Salafi tetapi beliau sendiri adalah pengikut fahaman Wahabi-Salafi

Sebelum ini saya telah mengatakan Dr Zul adalah sama spesis dengan dengan Dr MAZA dan UZAR. Bezanya kedua-duanya MAZA dan UZAR kita sudah mengetahui tidak berpegang kepada Mazhab Syafie manakala Dr Zulkifli mengakui beliau bermazhab Syafie tetapi mempromosikan fahaman Wahabi-Salafi.

Alhamdulillah, berdasarkan banyak reaksi di posting saya, ramai yang setuju dan hanya segelintir netizens yang tidak puas hati atau marah terhadap kenyataan saya.

“Dah lama tahu. Tapi yelah orang awwam terpedaya dgn perwatakan dan intonasi suara beliau. Jauhari jua yang mengenal manikam.” – Muhammad Fakhruddin Ar Rozi

Kyra MohdSaid: Dah lama diberitahu perihal ni. Kebenaran tak diukur dari kemasyuran. Huhu.

Fazrol Fadzali: “Totally agree with bang Azmi Arshad statement 😊Rasa tak puas hati tanya sendiri bang Azmi Arshad tu. Jangan sembang or comment dkt saya, takut nnt awak sakit hati, bunuh diri pulak lepas tu 🤣Pastikan tahu asas aqidah baru argue tauu. Ingat, pastikan mantap ilmu aqidah tauuuu ? #YTJT”

Raja Al-Asyari Al-Mirawi: “Dah lama dah tau tapi ramai org tak kenal siapa dia dan ramai suka dia sebab tonasi suaranya yang mengasyikan.. dari sudut ilmu punah”

Mohd Zaki: “Dari dulu lagi bnyk alim Ulama’ berpesan agar berhati2 dgn mufti tersebut, dikatakan ia memiliki jurus taqiyyah tahap tertinggi, hanya sekali dulu jurus itu dpt dibatalkan oleh Tuanku Sultan terengganu, ditolak oleh negeri sendiri tp dikutip oleh wilayah, hanya yg tahu cita sebenarnya yg akan memahami.. P/s: carilah guru yg benar, nak jumpa tu bukan tngk pd luaran saja, doa betul2 pd Allah agar dikurniakan mursyid yg sebenar, agar tidak kita hanyut dlm lautan fitnah yg dasyat. Tasawuf itu ada didada2 para kekasih Allah s.w.t, bkn didalam kitab, kitab itu hanya sekadar pedoman.”

Emang Sarani: “Mufti yg cenderung membantu puak Liberalisme dan LGBT dlm pelbagai Isu Hangittt”

1,000,000 Umat Islam Tolak Fahaman Syiah Wahabi Dan Brelwi: “Zulkifli Bakri yang bias.”

IbnRazi IbnRazi: “Klu ikut mulut jahat mmg lama dah, Allahulmusta’an, tak pelik klu wan ji liberal pun dia bagi jalan!”

Faisal Khan: “Satu sudut pandangan yg berbeza. Saya bersetuju dengan pandangan ini. Pandangan ini berdasarkan penilaian byk kes.. Kritikan pada individu dan bukannya jawatan.”

Azmi Amir Hasan: “Wahhabi takfiri pun bebas di WPKL sejak dia ambil alih jawatan, tak tegas seperti mufti dulu. asatizah ASWJ banyak dilucut / dipecat / berhenti dari bekerja dengannya.”

Mohamad Izwan AG: “Alhamdulillah, ada juga yang sedar warna warni hipokrit Zul Bakri.”

Muraad Al-Haq: “dah lama tau, orang baru nk up ckp…”

Anda boleh menilai sendiri netizen-netizen di atas berkata sedemikian bukannya kerana terpengaruh dengan posting saya tetapi kerana mereka telah lama tahu, cuma tidak bersuara secara terbuka. Saya pun dah lama tahu tapi memilih untuk berdiam demi penyatuan umat iaitu saya khuatiri jika saya bersuara secara terbuka, ia akan lebih merugikan dari menguntungkan. Specifically, saya tidak ingin mencetuskan pertengkaran yang akan memecah-belahkan kita — mungkin ramai yang akan celik mata (Alhamdulillah) tetapi pada masa yang sama mungkin lebih ramai akan memutuskan talian persahabatan dengan saya dan netizen-netizen lain.

Namun saya lihat Dr Zulkifli telah melampaui batas dengan memihak kepada pemimpin politik yang telah melakukan perbuatan yang dilaknat maka saya tidak lagi boleh berdiam diri.

Perbuatan Dr Zulkifli akan mempengaruhi sebahagian rakyat untuk memberi sokongan kepada spesis yang Nabi (saw) tidak mengaku umat. Sepatutnya Dr Zulkifli bersikap neutral atau minta ahli politik tersebut bersumpah laknat dan baru kemudian menasihati rakyat henti membuat tuduhan terhadap pemimpin politik tersebut. Sebaliknya Dr Zulkifli dengan secara tidak langsung mendakwa si penuduh (yang mengakui dia dan pemimpin tersebut adalah dua lelaki yang melakukan perbuatan keji di dalam rakaman video seks) adalah pembohong dan pemfitnah.

Tentu sekali pemimpin politik tersebut akan mempergunakan “nasihat” Mufti sebagai talian hayat.

Maka dengan sengaja atau tidak sengaja, Dr Zulkifli sendiri boleh dianggap sebagai pemfitnah bila tidak husnuzan dan bertabayyun sebelum mengambil pendirian yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada pemimpin politik tersebut.

“SS Mufti menulis begitu panjang mengenai liwat dan qazaf namun segala nas dan pendapat yang dikemukan adalah berkaitan pihak ketiga (third party) yang menuduh seseorang telah meliwat atau diliwat. Sedangkan dalam kes Haziq dia mengaku (iqrar) bahawa dia telah meliwat dan dalam kes Saiful Bukhari dia mengaku telah diliwat. Seandainya semua pengakuan mangsa rogol atau liwat dikategorikan sebagai qazaf yang memerlukan 4 saksi mata maka tiadalah keadilan untuk mangsa tersebut. Yang adil adalah segala bentuk bukti termasuk CCTV, DNA dll sudah cukup menjadi bukti kepada kejadian tersebut. Sekian, terima kasih.”Nabieh Rahmat

Kita hormat Mufti sebelum kenal

Di dalam muzakarah pada 19/1/2017, Al Fadhil Ustaz Engku Ahmad Fadzil telah mengatakan:

Dr Zul seorang yang saya menghormat sebelum saya kenal. Sekitar tahun lepas saya dengar ada orang mempertikaikan mengatakan Dr Zul sebenarnya Wahhabi…. Wahhabi selimut. Jadi masa itu saya mempertahankan. Saya kata tak boleh tuduh begitu. Dia belajar di Madinah tentulah dia hormat gurunya. Tetapi saya juga memikul amanah bercakap benar sebab saya akan jawab depan Allah SWT. Semakin lama saya lihat, tindak tanduk Sahibus Samahah merugikan Ahlus Sunnah wal Jamaah dan menguntungkan Wahhabi. Sedangkan Wahhabi ini kalau kita lihat dari zaman ulamak-ulamak silam lagi dikategorikan sebagai Khawarij.

“Sahibus Samahah [Dr Zulkifli al-Bakri] beritahu pada saya kalau beliau memberikan tauliah kepada Sheikh Nuruddin maka ‘kawan-kawan ana sebelah sana marah’…. Maknanya Sahibus Samahah risau kalau kawan2 yang beraliran Wahhabi marah kepada Sahibus Samahah.”

Jangan tanya lagi kenapa tidak bersemuka dengan Dr Zulkifli al-Bakri untuk mendapatkan penjelasan untuk fatwa, kenyataan dan pandangan yang pelik. Bila bersemuka memang Dr Zulkifli al-Bakri gagal menjawab. Kalau masih mendesak saya sendiri bersemuka dengan Dr Zulkifli, maaf saya kata sikap anda macam Yahudi yang tidak henti bertanya-tanya dan mencari alasan untuk menolak kebenaran.

Maka kita juga perlu terima hakikat bahawa akan ada sekolompok yang marah samada kerana taksub kepada seseorang tokoh atau benci pada kebenaran.

Ahmad Muzamir: “Azmi ni mangkuk mana pulak? Percayalah kalau kita test dia istilah feqh..mahu dia terkencing dlm seluar”

Farhan Shamsuri: “Mana mai mamat kutip tepi jalan..tiba2 nak acah kondem SS Mufti Wilayah macam diri tu hebat sgt. Selalu sgt dh jumpa mamat ignorant batak like acah panai agama n ideologi lepas baca buku sebiji dua lepas balik dari pesta buku” –

Baihaqi Yusnan: “Saya cakap terus terang. I’ll be blunt, kalau ilmu tu cetek jangan nak berhadapan dengan lautan luas. SS Mufti Wilayah Persekutuan antara mufti yang paling bagus, up to date dan mempunyai tahap keilmuan yang sangat tinggi. Semoga Allah jaga SS Mufti Wilayah dari segala kejahatan dan hasad manusia.”

Muhammad Syahmi Nor Ahmadi: “Tak nak ulas banyak, nak ulas tuan yang post tu, Ilmu dia taraf mana, Ilmu Mufti taraf mana ja. dia rasa dia layak jadi Mufti tu kot. Tu yang meroyan tak tentu pasai atau panas punggung Mufti sokong penyatuan ummah.”

I can’t please everyone with the truth.

“The truth is incontrovertible. Malice may attack it, ignorance may deride it, but in the end, there it is.”
— Winston Churchill

Ulama’ ASWJ vs Mufti WP

Sebenarnya yang nampak dan tahu lebih awal gerakan secara halus Dr Zul adalah ulamak ASWJ. Mereka telah mengadakan muzakarah bersama Dr Zul untuk minta penjelasan beliau berkaitan fatwa, kenyataan-kenyataan, pendirian dan rujukan beliau yang pelik dan bercanggah dengan fahaman dan dasar ASWJ. Saya telah tonton rakaman video muzakarah tersebut dan jelas sekali Dr Zul telah gagal segagalnya menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Dr Zul totally avoided answering the questions and ignored requests for clarification by Ustaz Dr Zamihan. We’ll come to that later.

Birds of a feather flock together

Dr Zul adalah ahli MURSHID yang mana ahli-ahli persatuan tersebut termasuk Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dan Dr Zahazan Mohamed, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Dr. Maszlee Malik. Birds of a feather flock together.

Beberapa tahun lepas saya dimaklumkan beliau telah keluar dari MURSHID namun nama beliau masih tersenarai di laman web persatuan tersebut. Mungkin sebab populariti beliau telah meningkat sejak dilantik Mufti WP maka keahlian beliau akan membantu menaikkan nama MURSHID.

Kenyataan MURSHID berkenaan video Azmin-Haziq selari dengan kenyataan Dr Zul Al-Bakri dari segi siapa mereka memihak. The similar statement — more about condemning the person who spread the video instead of punishing those in the video who engaged in sodomy — is another indication of birds of a feather flocking together.

Dr Zulkifli al-Bakri bertaqiyyah

Saya rasa mungkin ramai dari golongan ASWJ tidak yakin Dr Zul cenderung kepada fahaman Wahabi-Salafi memandangkan beliau mengajar kitab Al-Hikam sebab, generally speaking, Wahhabi menolak atau kerap memperlekehkan ajaran dan amalan tasawwuf.

Hanya selepas beberapa lama baru saya sedar Dr Zul bertaqiyyah tahap tinggi. Sangat halus cara beliau merendahkan Mazhab Syafie dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hari ini, taqiyyah bukan sahaja diamalkan olah golongan syiah, tetapi diamalkan juga oleh golongan al-Wahhabiyyah. Bahkan boleh dikatakan golongan ini lebih bertaqiyyah daripada syiah.

Golongan ini semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam arena pentas politik negara dan ada juga sampai ke tahap menyelinap masuk ke dalam pejabat-pejabat agama bahkan lebih parah lagi dari itu, ada yang terlibat sampai ke bidang kefatwaan.

Namun apa yang membimbangkan, antara yang kita dapat lihat terkehadapan dalam membuat plan strategi bagi memperkasakan gerakan al-Wahhabiyyah di saat ini terutamanya di Wilayah Persekutuan adalah Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri. Al-Bakri banyak memberi sinar baru kepada fahaman ini sejak berjaya berpeluang memasuki institusi agama.

Jika kita tidak buat penjelasan seperti ini, kita bimbang suatu yang buruk bakal berlaku di tanahair ini seterusnya mengubah suasana beragama di Malaysia.


Pelik Tapi Benar 22/3/2018

Unlike Maza and Rora who take the arrogant and bull-in-a-China-shop approach, Dr Zul is much more subtle in his approach. Dr Zul mengambil cara pendekatan yang sangat lemah lembut dan halus. Kalau tiada mikrofon, sukar dengar apa beliau berucap.

Masalahnya ramai lebih suka form over substance atau judge a book by its cover.People can’t believe that such a soft spoken mufti could spin or tell a lie. Dr Zul berceramah lembut gigi daripada lidah. Mudah orang telan kata2 yang keluar dari mulut beliau tanpa memikirkan samada kata2 nya adalah dusta atau bercanggah dengan fahaman ASWJ.

Wahabi tu apa?

Kita membuang masa kalau berbahas berpanjangan samada Dr Zul Wahabi/Salafi atau tidak berdasarkan sesuatu definisi. Dr Zul akan nafi sebagaimana semua Wahabi nafi mereka Wahabi. Wahabi/Salafi pun ada bermacam-macam jenis. Pendirian/fahaman mereka boleh berbeza antara satu sama lain baik dari sudut fiqh mahupun aqidah. Kenapa? Sebab Wahabi/Salafi tiada mazhab; maka tidak hairan tidak seragam fahaman dan pendirian antara mereka sendiri. Mereka adalah Wahabi-Salafii à la carte.

Wahabi-Salafi selalunya bagai cacing kepanasan bila nampak ada perbincangan mengkritik fahaman atau tokoh Wahabi-Salafi. Lazimnya mereka akan menyampuk dengan bertanya “Wahabi tu apa?” atau “Wahabi tu Islam ke?”. Atau mereka akan kata “Kalau Wahabi tolak bid’ah dan ikut Quran dan Sunnah, biar lah saya digelar Wahabi” tetapi bila kita gelar mereka Wahabi mereka menjawab “Bila berbeza pendapat, label orang Wahabi“.

Ciri-ciri Wahabi

Dalam menjawab soalan “Wahabi tu apa?“, saya mengaku agak sukar untuk memberi definisi yang tepat dalam satu dua ayat mahupun satu perenggan atau karangan yang pendek. Lebih mudah untuk kita memastikan seseorang itu Wahabi atau tidak berdasarkan ciri-ciri yang mereka menzahirkan. Lebih banyak ciri-ciri dari senarai ini yang seseorang itu memilki, lagi pekat tahap “kewahabiyyan” seseorang.

1. Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin.
2. Mengatakan Allah ada di langit bersemayam di atas Arasy.
3. Membagi tauhid kepada tiga: tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ wa sifat.
4. Menolak amalan menyebut lafaz niat solat (USOLLI).
5. Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika bersolawat.
6. Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat.
7. Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu.
8. Menolak amalan baca Yaasin berjamaah pada malam Jumaat di masjid/musolla/tempat tertentu
9. Menolak amalan solat tarawih 20 raka’at.
10. Menolak amalan baca Yaasin 3 kali pada malam nishfu Sya’ban.
11. Menolak amalan membaca doa akhir dan awal tahun.
12. Menolak bacaan talqin ketika pengebumian mayat.
13. Menolak tahlil dan kenduri arwah.
14. Menolak bacaan barzanji dan marhaban.
15. Menolak amalan solawat syifa’, selawat fatih, selawat nariyah, selawat tafrijiah.
16. Menolak sambutan maulidur rasul.
17. Menolak amalan ziarah makam nabi/makam auliya’.
18. Menolak bacaan tarhim dan bacaan Al-Quran sebelum azan subuh menggunakan pengeras suara.
19. Mengatakan tiada solat qabliah Jumaat.
20. Menolak amalan membaca teks ketika khutbah.
21. Menolak tasawwuf dan tarekat.
22. Menolak MADZHAB.
23. Mengatakan bid’ah tidak ada yang hasanah, semua bid’ah adalah sesat.
24. Menolak beramal dengan hadits dhaif.
25. Menolak amalan tawassul dengan orang yang sudah meninggal dunia.
26. Menolak amalan tabarruk selain dari Nabi SAW.
27. Menolak amalan istighoutsah.
28. Mengatakan talak tiga sekaligus cuma jatuh talak satu.
29. Menolak manhaj Asy’ariah dan Maturidiyah.
30. Menolak Sifat Dua Puluh.

Sumber: Fitrah Islami Online
Further reading

Kembali kepada tujuan utama penulisan saya, iaitu mendedahkan bahawa Dr Zulkifli al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, adalah Wahabi-Salafi setakat beliau memiliki beberapa ciri-ciri Wahabi-Salafi yang disebut di atas dan sekurang-kurangnya apa yang jelas dizahirkan oleh beliau seperti di bawah.

Of course bukan saya yang membuat kajian dan mendedahkan tetapi cuma menyebarkan pendedahan yang dibuat oleh para asatizah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya cuma copy-paste dan kongsi link setelah membaca penuh dan memahami hujah setakat mampu — dan setuju. Saya juga beri komen saya sendiri.

Rekod Merah Dr Zulfkifli al-Bakri

(1) Dr Zulkifli al-Bakri memalsukan hadith dhaif

Mufti WP memalsukan hadith dhaif di dalam bukunya. Ini bukan perkara baru.

“Mereka [Wahabiah Salafiah] sering mempertikaikan hadith dhaif sehingga mereka menganggap bahawa beramal dengan hadith dhaif adalah perkara mungkar dan ia adalah hadith yang dusta. Hadith dhaif ini hanya tidak memenuhi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Pengertian ini tidak membawa maksud bahawa tidak boleh beramal dengan hadith dhaif”

Kekeliruan dalam Bidang Ilmu Hadith, diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Dari buku Dr Zulkifli al-Bakri. Komentar ‘dhaif (palsu)’ sangat mengelirukan dan tidak menyeluruh — dalam

Agak pelik komentar ‘Dhaif (Palsu)’, apa yg nak dihukum kan sebenarnya?

Apapun kita rujuk ulamak hadis, Imam Ibnu Jauzi telah meriwayatkan hadis ini dalam kitab beliau Al-‘ilal Al-Mutanahiyah, kata beliau hadis ini TIDAK SAHIH kerana terdapat perawi Muhd Bin Amru yg harus berhati-hati dgn hadis beliau, namun Imam Abu Hatim Ar-Razi menghukum Muhd Bin Amru sebagai Salihul hadis. Maknanya masih ada ulamak muktabar hadis yg tidak menghukum palsu Hadis ini. Jika demikian ia hanya dhaif yg boleh beramal dlm bab fadhilat dan hadis ini mengenai fadhilat ulamak.

Peliknya mengapa pentahkik (Jika Mufti WP) tidak mendatangkan takhrij Ibnu Jauzi ulamak hadis w597h , beliau ulamak muktabar dlm hadis! Sebaliknya mendatang takhrij Ibnu ‘Iraq w963h yg dihukum tasahul oleh Al-Albany!!

Imam Al-Zahabi w748h menghukum hadis ini palsu pada perawi Abd Rahman Bin Muhd Bin Hamid Al-Bakhi, namun Al-Khatib Al-Baghdadi w463h awal lagi dari itu menghukum beliau sebagai THIQAH, di percayai riwayatnya.

Kesimpulannya, penilaian ulamak terdahulu masih boleh terima riwayat ini. Komentar seperti ‘dhaif(palsu)’ sangat mengelirukan dan tidak menyeluruh. Pohon pembetulan. WAllahu ‘alam.

Mazrisyam Bin Sharif 2/2/2018

Al-Albany adalah antara rujukan utama Wahabi-Salafi.

Boleh baca juga: Hadith Dan Athar Yang Dhaif Serta Palsu Dalam Isu Kebinasaan Neraka (SURAT TERBUKA SIRI 2)

“Berdasarkan perbahasan ini, jelas ibn Taymiyyah, ibn Qayyim, al-Qardhawi dan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri bukan sahaja menolak hadith-hadith yang sahih ini dan berpaling daripadanya bahkan berkeras untuk mengikut pendapat mereka sahaja serta mereka tidak menyebut dalil yang betul-betul sahih untuk menguatkan pendapat mereka melainkan hanya bergantung kepada athar daripada Umar al-Khattab radhiaLlahu Anhu yang munqati’ lagi tidak sahih-sanad periwayatannya sebagaimana penjelasan sebelum ini.”

(2) Dr Zulkfili al-Bakri tidak amanah pada matan Jauharah Tauhid

Wahabi-Salafi membagikan Tauhid menjadi 3 bagian iaitu:

(a) Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.

(b) Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh jumhur ulama‟ Islam khasnya ulama‟ empat Imam madzhab.

(c) Tauhid Asma’ dan Sifat: Tauhid versi mereka ini bisa menjerumuskan umat Islam ke lembah tashbih dan tajsim kepada ALLaH Subhanahu wa Ta’ala

Sumber: Fitrah Islami Online

Dr Zul al-Bakri mengajar Tauhid versi Wahabi-Salafi di dalam bukunya dan membohong atas nama Imam al-Baijuri:

Imam Ibrahim Al-Laqqani sendiri tidak menyebut Tauhid 3 uluhiyah, rububiyah dan asmak wa sifat

LAGI BUKU MUFTI WP
(Tidak amanah pada matan Jauharah Tauhid)

Imam Al-Baijuri yang mensyarah matan Jauharah tidak pernah membahagi Ilahiyat kepada tauhid 3 seperti yg didakwa dlm buku Mufti WP, Bahkan beliau mengatakan Ilahiyat (Ketuhanan) dalam matan tersebut merujuk kepada sifat wajib, mustahil dan harus pada hak Allah swt, iaitu sifat 20 aliran ilmu kalam. Syarah ini juga menepati kehendak Sahibul matan Imam Ibrahim Al-Laqqani, kerana dalam bait (kata2 dlm matan) seterusnya beliau menyebut ‘Wujud’, ‘Qidam’ dan ‘Baqa’ yg merujuk kepada sifat 20. Tiada kaitan dgn Tauhid 3 langsung!!

Syeikh Nuh Al-Qudhah mufti Jordan juga mensyarah matan tersebut mengatakan Ilahiyat itu merujuk kepada Sifat2 Allah swt berdalilkan Akal, AlQuran dan Sunnah yg terbahagi kepada 4 bahagian, Nafsiyah, Salbiyah, Ma’ani dan Maknawiyah, yang juga merujuk sifat 20 aliran ilmu kalam.

Bahkan Sahibul Matan Imam Ibrahim Al-Laqqani sendiri tidak menyebut Tauhid 3 uluhiyah, rububiyah dan asmak wa sifat seperti mufti tersebut. Tidak sepatutnya jenayah ilmiah ini dibiarkan. Amanah lah pada ilmu dan tuan punya matan jauharah tauhid. WAllahu ‘alam.

Mazrisyam Bin Sharif 2/2/2018

Muzakarah (pada 19/1/2019) juga membangkitkan isu tauhid 3 yang disisipkan secara dusta dan bohong di dalam buku tulisan al-Bakri dan penyandarannya kepada pengarang kitab Jauhar at-Tauhid.

Berkenaan tauhid 3, kenyataan al-Bakri sememangnya bercanggah dengan pendirian al-Azhar yang merupakan antara tempat rujukan umat Islam terulung. al-Azhar secara rasmi menolak doktrin tauhid 3 ini.

Ternyata setelah diminta agar diberikan penjelasan, pihak Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri gagal untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai isu ini.

Kami [para asatizah di laman FB Pelik Tapi Benar] juga telah membuat sanggahan mengenai isu ini pada pautan berikut: Benarkah Pengarang kitab Jauhar At-Tauhid menyebut Tauhid Tiga Serangkai Sebagaimana Dakwaan Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri ia adalah penipuan dan pembohongan semata-mata?

“Apa yang dilakukan Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri adalah tipu muslihat halus mempergunakan kitab Ahlus Sunnah Wal Jamaah bagi tujuan memasukkan keyakinan-keyakinan mereka (al-Wahhabiyyah).”

Sumber: Fitrah Islami Online

(3) Neraka Binasa dan Azab Kuffar Berakhir di Hari Akhirat – kata Dr Zulkifli al-Bakri

Kenyataan Dr Zulkifli al-Bakri adalah salah dan bercanggah dengan fahaman salaf, khalaf dan ASWJ.

Berikut adalah penukilan di laman Facebook Pelik Tapi Benar 28/2/2018:

1. Antara keyakinan umat Islam sama ada salaf atau khalaf bahawa syurga dan neraka telah diciptakan oleh Allah taala dan kedua-duanya kekal tanpa ada penghujung. al-Imam al-Tohawi antara ulama salaf yang masyhur menegaskan keyakinan para salafus soleh yang disepakati di dalam kitabnya al-‘Aqidah at-Tohawiyyah :

وَالْجَنَّةُ وَالنَّارُ مَخْلُوقَتَانِ، لَا تَفْنَيَانِ أَبَدًا وَلَا تَبِيدَانِ

“Syurga dan neraka adalah dua makhluk yang tidak akan lenyap selamanya dan tidak akan binasa”.

Tidak ada dalam kalangan umat Islam sama ada salaf atau khalaf yang meyakini syurga dan neraka itu binasa melainkan golongan yang menyeleweng jua.

2. Sebelum ini telah timbul individu yang mendakwa bahawa syurga dan neraka kedua-duanya itu akan binasa seperti Jahm bin Safwan, pengasas bagi kelompok sesat Jahmiyyah. Kemudian timbul pula setelahnya individu yang menyertai sebahagian daripada keyakinan tersebut seperti ibn Taymiyyah al-Harrani yang mendakwa di dalam kitabnya bahawa neraka sahaja yang akan binasa dan akan berakhir azab seksaan ke atas golongan kuffar.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang merupakan anak murid kepada ibn Taymiyyah sependapat dengan ibn Taymiyyah dan bertaqlid kepadanya dalam perkara tersebut sebagaimana kenyataannya dalam kitabnya Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, hlm. 579 dan 582.

Seterusnya al-Albani yang juga merupakan rujukan al-Wahhabiyyah telah memperakui bahawa keyakinan ini sememangnya thabit daripada ibn Taymiyyah.

al-Hafiz al-Mujtahid as-Subki merupakan ulama Ahlus Sunnah Wal jamaah yang sezaman dengan ibn Taymiyyah sendiri mengambil tanggungjawab menolak dan membantah ibn Taymiyyah dengan penulisan yang cemerlang melalui kitabnya “al-I’tibar Bibaqa’ al-Jannah wan Naar” selain menthabitkan keyakinan ini adalah keyakinan ibn Taymiyyah.

Kemudian datang al-Qardhawi pula menyetujui pendapat syaz ibn Taymiyyah dan ibn Qayyim al-Jawziyyah ini. Lebih parah lagi keyakinan yang buruk ini diteruskan dan dihidupkan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri hingga dia memasukkan keyakinan menyimpang ini dalam tulisannya Irsyad al-fatwa dan buku-bukunya yang lain buat tatapan umum masyarakat walaupun ia jelas bercanggah dengan ijmak ummah seluruhnya. Padahal apa yang disepakati daripada al-Quran dan as-Sunnah ialah syurga dan neraka itu kekal tanpa ada sebarang penghujung.

3. Insyaallah dalam penulisan ini, kami akan memaparkan isu ini dalam beberapa siri dan akan diperlihatkan betapa jahat syubuhat yang didatangkan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri untuk mempengaruhi umat Islam dengan pegangan yang menyeleweng serta ditegakkan pada perbahasan ini hujjah-hujjah jawapan secara tepat dan tuntas dengan kepelbagaian sumber rujukan.

Baca sepenuhnya penulisan Facebook Pelik Tapi Benar 28/2/2018

Dr Zulkifli al-Bakri memperjuangkan pendapat ibn Taymiyyah yang sesat. Ini adalah aqidah Wahabi-Salafi dan bertentangan dengan aqidah ASWJ.

(4) Tidak boleh kata “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali” – kata Dr Zulkifli al-Bakri

Wahabi-Salafi tidak suka digelar Wahabi kerana ia membezakan mereka dari golongan ASWJ iaitu ia membawa maksud Wahabi bukan di kalangan ASWJ seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mereka akan mati-matian defend fahaman Wahabi dan menyindir dan menganjing seorang ASWJ tetapi juga sampai mati mereka tidak akan mengaku mereka Wahabi. Manakala pengikut Mazhab Syafie tiada masalah dengan label Syafie kerana ia cuma memaklumkan identiti aliran mazhab seseorang, seperti juga Hanafi, Maliki dan Hanbali. Oleh kerana label “Wahabi” telah menjadi busuk, mereka mendesak orang lain jangan melabel sesiapa Wahabi, Hanafi, Maliki, Shafie atau Hanbali.

Behind all their arrogance, Wahabis quickly acquire an inferiority complex when a name or label is given to them to associate them with their doctrine. Similarly a libtard does not like to be called a libtard but wants to be called a Muslim. Ada juga puak tertentu yang tidak mahu mengaku bangsa Melayu, Cina atau India tetapi ingin dikenali sebagai “Malaysian” tetapi sebenarnya benci dengan orang Melayu-Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tidak boleh kata “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali” kata Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

1. Mengikut imam-imam yang muktabar sama ada Abu Hanifah, Malik, as-Syafie, dan Ahmad bukan suatu yang jelek dan ia tidak pernah dilarang bahkan mengatakan “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali” adalah ungkapan yang terpakai di seluruh dunia Islam dari dahulu hingga sekarang. Malah orang-orang dahulu sangat berbangga jika dapat mengikut salah seorang daripada imam-imam mujtahid yang muktabar tersebut.

2. Kata sebahagian cerdik pandai: “Sebagaimana harus seseorang kata Saya orang Terengganu, Saya orang Perak, Saya orang Pahang, Saya orang Selangor padahal semuanya mereka itu rakyat malaysia, begitu juga harus mengatakan saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Syafie, Saya Hanbali padahal semua mereka itu tergolong dalam kalangan umat muslimin“.

3. Dari dulu hingga sekarang nama-nama ulama dalam dunia Islam digabungkan di belakang nama mereka dengan nama seperti Hanafi, Maliki, Syafie, atau Hanbali sebagai penisbahan atau penyandaran kepada nama imam tempat mereka bertaqlid. Misalnya pengarang kitab Tafsir al-Baghawi dituliskan namanya: “al-Imam al-Jalil Muhyis Sunnah Abi Muhammad al Husain bin Mas’ud al Farra’ al Baghawi as Syafi’e (w.516 H). Begitulah juga ulama-ulama yang lain.

4. Jika Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri menelaah kitab tobaqaat dalam pelbagai mazhab maka tidak syak lagi dia akan menjumpai lambakan maklumat yang telah kami tegaskan ini.

5. Mendatangkan nama imam setelah nama sendiri menjadi kebanggaan bagi ulama Islam dari dahulu sampai sekarang. Semua orang tahu bahawa bertaqlid kepada imam mujtahid bagi orang yang bukan mujtahid bukanlah bererti meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah bahkan taqlid itulah pada hakikatnya usaha menjalankan dan mengikuti al-Quran dan as Sunnah dengan setepat-tepatnya melalui panduan mujtahidin.

6. Mendakwa bahawa perkataan “Saya Syafie, atau Saya Hanafi dan lain lain” nisbah kepada mazhab yang muktabar ia adalah punca perpecahan umat adalah suatu tindakan jahat tersirat di dalamnya suntikan halus menolak mazhab muktabar yang telah siap berdiri buat masa yang begitu lama.

Dalam Irsyad al Fatwa, j.5, hlm 34, Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri ketika menjawab pertanyaan orang yang bertanya “Mengapa umat Islam terbahagi kepada beberapa golongan dan pelbagai mazhab?” Antara jawapannya:

Mungkin ada yang bertanya orang Islam tersebut, apakah pegangan nabi SAW, adakah baginda seorang Syafie, Hanafi, Hanbali atau Maliki?  …Tidak, baginda seorang Islam, sama seperti rasul-rasul dan utusan Allah sebelumnya“.

Al-Bakri mengatakan lagi pada hlm. 35:

“Jika seseorang bertanya seorang Islam persoalan agama dia perlu menjawab:” Saya seorang Islam bukan Hanafi, Syafie, Maliki dan Hanbali”.

Demikian jawapan Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri yang sangat mengelirukan umat Islam selain antara tempat rujukannya adalah Zakir Naik, seorang wahhabi yang kontroversi sebelum ini.

7. Adanya mazhab-mazhab yang muktabar ini tidak sesekali memecah-belahkan umat Islam bahkan ia adalah rahmat bagi umat manusia sejagat. Jelasnya, perpecahan mula berputik dan subur sejak timbul golongan syiah, muktazilah, mujassimah, jahmiyyah, wahhabi, khawarij dan lain-lain ajaran yang menyeleweng apabila mereka menyebarkan syubuhat dan penyelewengan mereka dalam kalangan umat manusia.

8. As-Syaikh Yusuf ad-Dijwi yang merupakan ulama terkemuka al Azhar menyebutkan tentang hal ini dalam Majallah al Azhar Nurul Islam tahun 1353 H ,hlm. 669-679:

“Kesimpulannya pendapat-pendapat imam mujtahid yang diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah adalah tafsir terhadap al-Quran dan as Sunnah itu sendiri. Kerana yang disebutkan ijtihad itu adalah menggali hukum yang tersembunyi daripada al Quran dan as Sunnah. Adapun pendapat yang mewajibkan semua orang terus langsung mengambil hukum daripada al-Quran dan as Sunnah maka ia adalah pendapat yang batil bercanggah dengan ijmak sahabat-sahabat nabi.”

9. Setelah kami meneliti dalil-dalil yang digunakan oleh Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri, kami sangat terkejut kerana nas-nas al Quran dan al-Hadith yang didatangkannya langsung tidak terdapat sebarang dalil larangan untuk seorang muslim mengatakan “Saya Syafie, Saya Hanafi dan seterusnya” apatah lagi menyifatkan ungkapan tersebut sebagai pembawa perpecahan umat.

Peliknya, al-Bakri dilihat membawa datang beberapa nas hadith yang menceritakan tentang perpecahan manusia dalam akidah sekira-kira hadith perpecahan yang didatangkannya itu merujuk kepada pelaku bidaah yang menjadi sesat lagi telah sampai ke tahap kekufuran atau sesat yang belum sampai ke tahap kekufuran, hadith tersebut sesekali bukan celaan tentang wujudnya beberapa kelompok dalam Islam seperti Syafi’eyyah, Malikiyyah, Hanafiyyah dan Hanabilah.

Baca sepenuhnya di laman Facebook Pelik Tapi Benar 8/2/2018

Yang berikutnya adalah dari muzakarah yang diadakan bersama Dr Zulkifli al-Bakari di mana Ustaz Dr Zamihan Mat Zin telah membangkitkan beberapa pendapat/fatwa/kenyataan oleh Dr Zulkifli yang bercanggah dengan fahaman/pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sumber: Fitrah Islami Online.

(5) Dr Zulkifli al-Bakri tidak mematuhi Enakmen Wilayah Persekutuan 1993 dalam mengeluarkan fatwa

Muzakarah yang diadakan sebelum ini pada 19 Januari 2017, antara perkara yang dibangkitkan dalam perbincangan tersebut ialah isu Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri tidak mematuhi Enakmen Wilayah Persekutuan 1993 yang mensyaratkan sesiapa yang menjadi Mufti Wilayah Persekutuan hendaklah mengikat pandangannya dengan pendapat mazhab Syafie (Qaul Muktamad Mazhab Syafie) serta pendapat mazhab muktabar yang lain (Qaul Muktamad dalam Mazhab yang lain seperti Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali),

Sebaliknya al-Bakri dilihat lebih gemar dan cenderung untuk mendedahkan umat Islam kepada pandangan-pandangan golongan yang tidak bermazhab seperti ibn al-Uthaimin, ibn Baaz, al-Albaani, Soleh Fauzan dan sebagainya. Kebiasaan cara ini banyak dilakukan oleh sebahagian pihak yang ingin membersihkan nama-nama golongan wahhabi ini dari dilihat sebagai golongan yang menyimpang dan radikal.

Setelah diminta penjelasan, Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ternyata gagal memberikan jawapan yang tuntas dan tepat mengenainya. Sebelum ini kita telah bahas mengenai pendirian al-Bakri berhubung isu ini. Menurut al-Bakri dilarang seseorang itu berkata “Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali”:

Dr Zulkifli al-Bakri bercakap selama hanya 5 minit tanpa menjawab sebarang point yang dibangkitkan oleh Ustaz Zamihan kecuali beliau mengambil maklum isu hadith dan seterusnya meminta pegawainya untuk menjawab. Sorry to say, Dr Zulkifli al-Bakri was rambling. Maaf saya kata, Dr Zulkifli al-Bakri berputar belit dan merapu. Tonton sendiri rakaman video bagaimana Mufti menjawab dan merapu pada awalnya dan juga rakaman video pada hujungnya (dari 11:00).

(6) Dr Zulkifli al-Bakri mempromosikan ketua pengganas al-Qaeda

Di dalam Muzakarah tersebut ditimbulkan persoalan mengapa al-Bakri mempromosikan ketua pengganas al-Qaeda yang tidak asing di dunia pada hari ini; Aiman al-Zawahiri di dalam penulisannya yang berjudul “ Pelbagai Hukum Muamalat Pembiayaan”. Dari penelitian kepada rakaman ini, Al-Bakri dilihat terkesima dengan pendedahan ini.

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri langsung tidak memberi respon apa-apa jawapan mengenai isu ini.

Further reading here.

(7) Dr Zulkifli al-Bakri menyesatkan amalan bacaan Surah al-Qadar pada tanah kubur

Isu penyesatan al-Bakri terhadap amalan bacaan surah al-Qadar yang dibaca pada tanah kubur juga tidak dapat dipertahankan lagi oleh al-Bakri dan team al-Bakri sebagaimana terpapar dalam penulisan mereka. Jelas penulisan Irsyad al-Fatwa siri 121 oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berkaitan hadis kepal tanah kubur 7 kali dan hadis membaca al Fatihah selepas solat fardhu adalah penulisan yang batil dan tidak berasas sebagaimana dibuktikan dalam muzakarah tersebut.

Isu di sini adalah dalam bukunya Dr Zulkifli al-Bakri telah memberi gambaran yang buruk terhadap imam-imam Mazhab Syafie seolah bersandarkan hadith-hadith palsu. Dr Zulkifli al-Bakri mengambil pandangan Ibn al-Jauzi sahaja untuk membuat kesimpulan hadith “kepal tanah kubur 7 kali” adalah palsu dan hadith “membaca al Fatihah selepas solat fardhu” tiada asalnya, maka beliau sendiri menghukum hadith-hadith tersebut tidak sahih atau palsu hanya kerana beliau “tidak menjumpai sanad lengkap bagi hadith tersebut”. (Tonton rakaman video dari 4:45)

“Setelah kami melakukan penelitian terhadap kitab-kitab yang menghimpunkan teks-teks hadith, kami tidak menjumpai sanad lengkap bagi hadith tersebut. Untuk itu, kami nyatakan bahawa hukum atau status hadith tersebut tiada asal baginya dan kita tidak boleh sama sekali menyandarkannya kepada Nabi SAW atau menyebarkannya kepada orang lain.” – Dr Zulkifli al-Bakri

Dr Zulkifli langsung tidak menjawab untuk menjelaskan atau memperbetulkan kesilapan beliau tetapi sebaliknya pass the buck kepada pegawainya, Muhammad Mushfique bin Ahmad Ayoup, untuk menjawab perkara tersebut.

Musyfiq dilihat terpaksa mengakui bahawa Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri dan teamnya telah melakukan kesalahan dalam penulisan mengenai isu ini. Musyfiq mengatakan : “Jika saya tersilap, saya menerima segala teguran tersebut”. Juga Musyfiq mengatakan : “Dalam hal ini Ibn Jawzi telah tersalah”. Seterusnya Musyfiq mengatakan : “Betullah apa yang disebutkan oleh ustaz Zamihan bahawa dari sudut perawi dan dari sudut takdilnya terdapat khilaf”. (Tonton rakaman video dari 5:15)

Cuma agak halus cara dan muslihat Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri mengalihkan segala beban menjawab segala persoalan ini kepada pegawai mudanya Musyfiq semata-mata, sedangkan dialah yang sepatutnya bertanggungjawab 100% ke atas penulisan tersebut sama ada tulisan tersebut ditulis oleh Musyfiq atau dia sendiri yang menulisnya kerana jelas ia menggunakan nama ‘Mufti Wilayah Persekutuan’ dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

(8) Dr Zulkifli al-Bakri al-Bakri menyatakan bahawa istighathah adalah suatu kesyirikan dan kekufuran

Salah satu ciri Wahabi-Salafi adalah menghukum syirik dan kufur orang Islam yang melakukan tawassul dan istigathah. Mereka amat keras dalam pendirian tersebut.

Dalam buku tulisan al-Bakri sendiri menyatakan bahawa istighathah adalah suatu kesyirikan dan kekufuran. Dengan kata lain al-Bakri menghukum kafir orang yang melakukan istighathah. Hal tersebut kerana kecenderungan al-Bakri kepada pendapat al-Jaza-iri seorang Wahhabi yang melampau dalam agama. Bahaya isu ini ialah al-Bakri telah mengkafirkan umat Islam di seluruh dunia yang telah melakukan istighathah dalam pelbagai zaman dan tempat.
Isu ini juga telah kami kemukakan jawapan mengenainya secara tepat dan tuntas. Boleh semak jawapan itu pada pautan [di sini].

“Kita” tu siapa?

Pada awal penulisan ini saya telah Ustaz Engku Ahmad Fadzil mengatakan:

“Sahibus Samahah [Dr Zulkifli al-Bakri] beritahu pada saya kalau beliau memberikan tauliah kepada Sheikh Nuruddin maka ‘kawan-kawan ana sebelah sana marah‘…. Maknanya Sahibus Samahah risau kalau kawan2 yang beraliran Wahhabi marah kepada Sahibus Samahah.”

Tambahan lagi:

Di akhir ucapan al-Bakri mengatakan (di dalam muzakarah pada 19/1/2019):

Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”.

Ini isyarat jelas buat yang memiliki akal yang tajam akan makna yang dimaksudkan al-Bakri dengannya. Jika dia bukan wahhabi berbaju sunni sebagaimana disebut oleh ramai asatizah, mengapa pula dia mengatakan : “Dasar kita dasar terbuka, biar Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepentas dengan kita”.

Secara tidak sedar, al-Bakri telah mengeluarkan dirinya sendiri dari kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Mudah sahaja kita nak faham siapa yang Dr Zulkifli maksudkan dengan “kita”. Sebagai contoh, kita tidak akan kata “biar orang Islam sepentas dengan kita” sebab memang kita sudah sama-sama Islam’. It is redundant. Therefore, it can only mean there is a difference between him and Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

KESIMPULAN

Apa yang saya kongsikan di atas hanya sebahagian daripada perkara-perkara yang membuktikan Dr Zulkifli al-Bakri adalah Wahabi-Salafi.

Ya, beliau menafikan beliau Wahabi:

“Orang kata saya Wahhabi, sebenarnya bukan begitu.”

But no matter what the Mufti denies or calls himself, it’s all about habitual characteristics. If it looks like a duck, swims like a duck and quacks like a duck, then it must be a duck.

If you have the time, there is a lot more you can read for yourself in the links given below, although what I have provided in this blog post should suffice as proof.

– AA –

Rujukan-rujukan utama:

42 thoughts on “Dr Zulkifli Al-Bakri – Mufti Wahabi Wilayah Persekutuan bertopeng ASWJ

  1. Alhamdulillah, selepas saya membaca tulisan awak. Kebenaran dan kebatilan semakin jelas kelihatan. Saya masih baru hendak mendalami ilmu islam. Tapi saya hendak ingatkan, supaya marilah kita kembali kepada asas yang sebenar – benarnya, iaitu alQuran dan Sunnah.

    Like

      1. Subhanallah kerja anda menambah sengketa umat Islam.. semoga kamu diberi keinsafan jika hati kamu sayangkan Islam.. tetapi jika di hati kamu berniat jahat Allah akan melaknati kamu atas propaganda yang kamu sebarkan..amin Insyallah

        Like

  2. Astaghfirullah. .. semoga pemfitnah dan dajjal kecil yang memburukkan asatizah dan agamawan yang berlandaskan Al Quran dan hadis-hadis sahih serta sunnah Rasulullah sebenar dilaknat Allah dan diazab dunia akhirat.
    Golongan yang memburukkan tokoh agama ini selama hidup di dunia hanya akan mendatangkan kerosakan dan perselisihan dalam ummah dan membawa ummah kearah kesesatan.

    Like

    1. آمين. Mohon anda tunjuk apa yang fitnah ataupun anda hanya dajjal kecil yang taksub dengan seorang penunggang agama tanpa membaca bukti yang terkandung dalam bukunya.

      Like

  3. Kena amal hadis dhaif ke baru boleh kata tak Wahabi?? Kene baca yasin malam jumaat jugak ke?? Kene patuh syekh nurruddin baru ASWJ ke??
    Eloklah kalau dah mufti beringatkan kita jauhi hadis dhaif.. jauhi benda2 khurafat.. Pastu panjang sangat tulis blog ni, dahla hujah2 bodoh belaka jangan harap nak suruh org lain baca.
    Jangan kau nak kata baca sampai habis dulu baru paham, aku baca separuh pun terus rasa nak jadi bodoh mcam penulis ni..

    Like

    1. Patutlah kamu jahil. Sebab hanya mampu baca separuh. Memang salah satu ciri2 wahabi adalah hanya baca separuh. Lepas tu salahkan orang bila kamu jadi bodoh. You truly are a special kind of stupid.

      Like

      1. Bangang. Kau ingat artikel kau bagus sangat?? Kalau penuh fitnah kenapa kene baca?
        Bajet dapat pahala ke bila dibodohkan? Tak ingat dapat dosa bila fitnah mufti??
        Pastu tuduh aku wahabi. Apa bukti?? Bersangka-sangka jer.. sangka2 ni amalan ASWJ ke amalan org bodoh??

        Like

      2. Aik? Bila saya tuduh kamu wahabi? Ahhh… kantoi “Amin ASWJ” adalah fake account kamu — nak cuba menipu kamu kononnya ASWJ. Salah satu lagi ciri2 wahabi adalah menipu atau bertaqqiya.

        Saya tak tuduh kamu wahabi tetapi nampaknya kamu terasa bila saya kata salah satu ciri wahabi adalah baca separuh. In any case, soalan2 yang kamu tanya dengan nada sinis is typical of the nature of questions asked by a wahabi yang tak mengaku wahabi. If it looks like a duck, swims like a duck and quacks like a duck, then it must be a duck.

        Kamu yang sebenarnya bersangka-sangka saya fitnah, padahal bukti2 diberi dalam blog. Cuma kamu hanya baca separuh kemudian tuduh orang fitnah — itu memang amalan orang bodoh.

        Like

      3. Bangang. Kau ingat artikel kau bagus sangat?? Kalau penuh fitnah kenapa kene baca?
        Bajet dapat pahala ke bila dibodohkan? Tak ingat dapat dosa bila fitnah mufti??
        Pastu tuduh aku wahabi. Apa bukti?? Bersangka-sangka jer.. sangka2 ni amalan ASWJ ke amalan org bodoh??

        Like

  4. Assalamualaikum. Saya cadangkan, Al-Fadhil saudara Azmi Arshad berdiskusi secara ilmiah dengan Al-Fadhil saudara Dr Zulkifli. Teringin juga nak dengar hujah dari dua Al-Fadhil ini.

    Like

    1. Waalaikumussalam wrb. Nampaknya Al-Fadhil saudara tak tonton rakaman video dan tak baca hujah untuk setiap dakwaan terhadap Dr Zul. Antara lain, terdapat 8 dakwaan kesilapan Dr Zul — setiap satu disokong dengan hujah. Ataupun Al-Fadhil saudara tak boleh terima hujah dari para ulamak ASWJ dan ingin dengar hujah yang sama diulangi oleh saya depan muka Dr Zul? No problem. Al-Fadhil saudara tak nampak dalam video mufti tak mampu jawab kesilapan beliau? Al-Fadhil tak dengar pegawainya telah mengaku kesilapan bagi pihak mufti? 

      Tiada masalah kalau Mufti nak jumpa buat kali kedua dengan para ulamak and this time juga saya  sekali. Saya akan baca balik hujah2 tersebut depan muka dia. It will be my pleasure. Please arrange the meeting and let me know the date and the time. Itu yang kami masih menunggu-nunggu sebagaimana dijanjikan oleh mufti tetapi dia buat2 lupa. Pastikan Al-Fadhil saudara pun hadir untuk lihat sendiri mufti berbelit lidah dan mengelak. But my advice to you is to first watch the video for yourself.

      Like

  5. Assalamualaikum
    Yakinkah tuan dari setiap patah tulisan ini tiada yang tidak benar? Adakah tuan yakin dari setiap apa yang tercatat itu tidak ada yang fitnah? Dari penulisan tuan itu dapat disimpulkan yang tuan ni cetek ilmu agama. Adakah tuan pasti yang 30 perkara yang tuan catatkan itu benar² menggambarkan wajah seorang Wahabbiyah? Tuan tahu bagaimana Nabi SAW berniat solat? Adakah Nabi SAW memulakan niat dengan Usolli? Bagaimana pula dengan mengusap muka dengan tangan selepas solat? Adakah ianya wajib? Apakah dalil yang perkara itu dilakukan oleh Nabi SAW? Adakah perkara itu disepakati oleh Itjma’ Ulama’? Adakah surau atau masjid yang menunaikan solat tarawikh 8 rakaat itu semuanya Wahabiyyah? Mana rujukan tuan? Apakah kerana tidak mengadakan tahlil dan kenduri arwah itu sudah dianggap wahabi, sedangkan Nabi SAW sendiri melarang diadakan kenduri arwah kerana ianya membeban dan menyusahkan keluarga si mati yang sedang bersedih. Adakah Nabi SAW yang melarang perbuatan itu juga Wahabiyyah dan bila pula Muhammad Abdul Wahab asaskan Wahabi? Cukuplah tuan jadi political blogger, boleh cerca hina orang yang tiada kaitan dengan agama. Tuan sendiripun belum tentu teguh dengan pegangan AWSJ..jangan label orang lain yang kita tidak senangi. Tinggi sangatkah ilmu tuan, adakah sampai tahap Makrifat atau Hakikat..atau sekadar tahu basic fiqh atau tauhid tapi berlagak pandai..Janganlah menambah dosa yang sedia ada tuan..

    Like

    1. (1) “Yakinkah tuan dari setiap patah tulisan ini tiada yang tidak benar? Adakah tuan yakin dari setiap apa yang tercatat itu tidak ada yang fitnah? 

      Ya.

      (2) “Dari penulisan tuan itu dapat disimpulkan yang tuan ni cetek ilmu agama.”

      Banyak mana saya belajar pun, saya akan sentiasa cetek ilmu agama. Tak macam tuan yang mungkin ada 10 PhD kot. Dari penulisan tuan itu dapat disimpulkan yang tuan ni wahabi atau pengikut tokoh wahabi.

      (3) “Adakah tuan pasti yang 30 perkara yang tuan catatkan itu benar² menggambarkan wajah seorang Wahabbiyah?”

      Ya. 

      (2) “Tuan tahu bagaimana Nabi SAW berniat solat? Adakah Nabi SAW memulakan niat dengan Usolli? Bagaimana pula dengan mengusap muka dengan tangan selepas solat? Adakah ianya wajib? Apakah dalil yang perkara itu dilakukan oleh Nabi SAW? Adakah perkara itu disepakati oleh Itjma’ Ulama’?”

      Kalau tuan tidak ingin niat sebelum solat, itu terpulang kepada tuan. Sama juga mengusap dengan tangan selepas solat. Cuma jangan melarang orang lain buat sesuatu hanya kerana Nabi SAW tak buat. Kita tinggalkan apa yang Nabi SAW larang, tidak semestinya kita tidak boleh lakukan apa yang Nabi SAW tidak lakukan asalkan tidak melanggar hukum syarak. Adakah membaca usalli dan mengusap muka itu melanggar hukum syarak dan adakah larangan disepakati oleh ijtima’ ulamak?

      (3) “Adakah surau atau masjid yang menunaikan solat tarawikh 8 rakaat itu semuanya Wahabiyyah? Mana rujukan tuan?”

      Nope. Tapi yang melarang buat 20 rakaat sebab kononnya bukan sunnah most likely adalah wahabi.

      (3) “Apakah kerana tidak mengadakan tahlil dan kenduri arwah itu sudah dianggap wahabi, sedangkan Nabi SAW sendiri melarang diadakan kenduri arwah kerana ianya membeban dan menyusahkan keluarga si mati yang sedang bersedih.”

      Tiada siapa kata keluarga si mati wajib mengadakan kenduri arwah. Pada masa yang sama jangan melarang keluarga mengadakan kenduri arwah kalau mereka sudi dan mampu. Kalau tuan kata mengadakaan kenduri arwah adalah bida’ah dholalah, sesat dan berdosa, wahabi ler tu.

      (4) “Adakah Nabi SAW yang melarang perbuatan itu juga Wahabiyyah dan bila pula Muhammad Abdul Wahab asaskan Wahabi?”

      Yang melarang buat kenduri arwah secara mutlak kerana kononnya bida’ah dholalah adalah wahabi, bukan Nabi SAW. Jangan menipu. Siapa yang kata Muhammad Abdul Wahab asaskan Wahabi? Tapi sekiranya suka rujuk kepada MAW untuk hukum atau tuan ikut fahaman MAW, wahabi ler tu.

      (5) “Cukuplah tuan jadi political blogger, boleh cerca hina orang yang tiada kaitan dengan agama.”

      Saya akan menulis apa yang benar, samada ada kaitan dengan agama, politik, ekonomi dan lain2 agar pembaca become more well informed. Bukan masalah saya kalau tuan bagai cacing kepanasan bila tidak boleh terima kebenaran. In fact it would be a bonus.

      (6) “Tuan sendiri pun belum tentu teguh dengan pegangan AWSJ..jangan label orang lain yang kita tidak senangi.”

      InsyaAllah saya teguh dengan pegangan ASWJ. Tuan teguh dengan pegangan wahabi atau ASWJ? Oh ya, tuan mungkin akan jawab tuan teguh dengan pegangan Quran dan Sunnah even if it be far from the truth. Kalau seorang itu berfahaman wahabi saya akan label dia wahabi. If it looks like a duck, swims like a duck and quacks like a duck, then it must be duck.

      (7) “Tinggi sangatkah ilmu tuan, adakah sampai tahap Makrifat atau Hakikat..atau sekadar tahu basic fiqh atau tauhid tapi berlagak pandai..”

      Ilmu aqidah dan fiqh saya sampai tahap boleh bezakan fahaman ASWJ dan Wahabi insyaAllah. Saya juga boleh bezakan bid’ah dholalah dan bid’ah hasanah insyaAllah. Saya tak reti berlagak pandai macam tuan dan tokoh2 wahabi tuan.

      (8) “Janganlah menambah dosa yang sedia ada tuan..”

      InsyaAllah blog post saya tidak menambahkan dosa. Niat saya adalah mendedahkan fahaman sebenar Zul Al-Bakri iaitu fahaman Wahabi. Semoga Allah SWT ampunkan dosa2 saya. Āmīn.

      Like

  6. Ilmuan sebnrnya lama dah tahu, cuma org awam/kg saja yg keliru dn merasa keliru.. Nasihat kita kpd azmi jgn layan sgt org awam yg xtau apa ni.. diorg xtau pun whbi itu yg kata tuhan dok atas langit.. & itu sgt bahaya. Jgn layanlah, xkemana pun mrk. Serupa ayam itik je..
    العوام كالهوام

    Liked by 1 person

  7. Sebenarnya, tuan juga pengikut wahabi, tapi tidak mahu mengaku..jom, kita keluar 40 hari, kami akan ke Sandakan untuk berdakwah..rasanya itu lebih baik dari dok dedah aib orang..

    Like

    1. Nampaknya tuan tak mampu berbahas berasaskan fakta. Saya hairan bagaimana tuan boleh simpulkan saya pengikut wahabi. Mohon senaraikan ciri2 Wahabi yang kononnya telah dizahirkan oleh saya. I’m curious to know. Kenapa saya tak boleh dedahkan pegangan fahaman wahabi Dr Zul al-Bakri?

      Like

    2. Oiii Mann ‘kuk’…ko ni tahu ker Wahabi tu apa?..ko ni spesis malas membaca ni…Dakwah2 juga Mann, 40 hari 4 bulan ker..tapi kena gak tahu beza Haq dgn yg batil…atau ko sediri tak tahu ko ni Ahlussunnah atau Wahabi..ko study dulu apa yg Maulana Ilyas, Maulana Zakariyya n Maulana Saad ajar dan apa yg mereka buat dan fahaman dia sehingga menjadi sebagai seorang Maulana lg dihormati dan disegani…bkn jadi Maulena jer hari2

      Like

  8. Hahahahaha..kesian kat tuan..habis semua orang diWahabikan..sesiapa yang tak bersetuju dengan tuan tu Wahabilah iye? Sebenarnya tuan ni munafikun dalam tak sedar. Bila saya tanya tentang tulisan tuan itu adakah benar dan tiada unsur fitnah, tuan jawab Ya, itulah munafikun. Sebenarnya, sebagai manusia, tiada yang benar dan tiada yang jujurnya..Sejauh mana manusia itu benar dan setakat mana manusia itu jujur..Cuma saya ingin pesan sikit sahaja, berhati-hatilah, adakah tuan akan bertanggungjawab dengan penulisan ini di hadapan Rabbuljalil di Mahsyar kelak seandainya ada sepatah perkataan yang tidak benar? Mampukah kita menahan azab Allah..dan siapakah kita untuk menilai orang lain. Tuan marah bila orang komen tentang penulisan tuan, begitu juga orang yang tuan tulis itu..siapakah kita untuk menghukum orang lain??

    Like

    1. (1) “Hahahahaha..kesian kat tuan..habis semua orang diWahabikan..sesiapa yang tak bersetuju dengan tuan tu Wahabilah iye?”

      Tidak benar. Saya tak sangka daya pemikiran tuan begitu lemah. Mohon baca balik penulisan siapa yang dianggap wahabi. Kalau seseorang kata 3+3 = 7, saya tak kata dia wahabi. Kalau seseorang itu mengamalkan fahaman tauhid 3 serangkai, mengharamkan kenduri arwah, mengharamkan sambutan maulid nabi, memuji Muhammad Abd Wahab, memuji Nasiruddin Albani, mengharamkan amalan bacaan Yasin setiap malam Jumaat, menghukum seorang muslim itu munafik tanpa asas, kata tak boleh lakukan apa yang Nabi SAW tak lakukan etc etc, of course saya akan panggil dia wahabi. 

      (2) “Sebenarnya tuan ni munafikun dalam tak sedar.”

      Na’uzubillahi min zalik. Jangan emosi dan menghukum tanpa usul periksa. You could be describing yourself.

      (3) “Bila saya tanya tentang tulisan tuan itu adakah benar dan tiada unsur fitnah, tuan jawab Ya, itulah munafikun.”

      Tuduhan palsu dan menghukum orang sebegitu adalah salah satu ciri2 wahabi. Juga, soalan tuan adalah kalau saya YAKIN tulisan saya adalah benar dan tiada unsur fitnah. Tuan tak faham soalan yang tuan sendiri bertanya.

      (4) “Sebenarnya, sebagai manusia, tiada yang benar dan tiada yang jujurnya..Sejauh mana manusia itu benar dan setakat mana manusia itu jujur..Cuma saya ingin pesan sikit sahaja, berhati-hatilah, adakah tuan akan bertanggungjawab dengan penulisan ini di hadapan Rabbuljalil di Mahsyar kelak seandainya ada sepatah perkataan yang tidak benar?”

      InsyaAllah semua fakta dalam penulisan blog saya adalah benar. Hujah, bukti dan sumber rujukan pun ada. Saya telah bertabayyun dan yakin. Sebaliknya tuan membuat tuduhan tanpa usul periksa. Sila buktikan apa yang tuan yakin adalah fitnah atau tidak benar.

      (5) “Mampukah kita menahan azab Allah..dan siapakah kita untuk menilai orang lain.”

      Of course tiada makhluk mampu menahan azab Allah. Tetapi tidak bermaksud kita tidak boleh dedahkan penipuan dan kesilapan seseorang yang menyebarkan fahaman wahabi.

      (6) “Tuan marah bila orang komen tentang penulisan tuan, begitu juga orang yang tuan tulis itu..siapakah kita untuk menghukum orang lain??”

      Tiada masalah orang nak komen tapi cuba lah komen dengan matang dan bijak berasaskan fakta. Saya tidak menghukum sesiapa. Saya cuma mendedahkan kepada rakyat siapa Dr Zul. Yang saya nampak adalah tuan yang menghukum saya munafik. Kalau tuan ingin memohon maaf, saya akan terima permohonan maaf tuan sebab ‘mampukah tuan menahan azab Allah dan siapakah tuan untuk menilai orang lain’. 

      Like

      1. Saya rasa tiada keperluan untuk saya meminta maaf dari tuan kerana saya teramat yakin, dalam tulisan panjang-panjang macam novel itu pasti ada terkhilaf, kerana sebagai manusia kita tidak sempurna. Cuma, kita tunggulah bila nyawa di halkum..

        Like

      2. Itu terpulang kepada tuan. Begitu juga saya pun tidak perlu meminta maaf dengan Dr Zul Al-Bakri kerana saya teramat yakin tiada unsur fitnah atau kebatilan dalam fakta2 yang saya kongsikan. What’s sauce for the goose is sauce for the gander.

        Like

      3. Nak tanya, apa yang tuan dapat bila dedahkan kepada rakyat siapa Dr Zul Albakri, kepuasan? ketenangan hidup? kebahagiaan dunia akhirat? keimanan tuan kepada Allah bertambah tinggi? Pahala tuan Allah tambah melimpah ruah? Amalan tuan terus diterima Allah? Bila mati terus terlepas siksaan kubur?..

        Like

      4. Saya bersyukur bila ramai orang dapat tahu Dr Zul Albakri adalah wahabi bertopeng ASWJ setelah ulamak ASWJ dedahkan kepada rakyat siapa Dr Zul. InsyaAllah lebih ramai orang akan menjauhi Dr Zul Albakri dan fahaman wahabi dan lebih ramai berpegang teguh kepada fahaman ASWJ. Alhamdulillah ini memberi ketenangan hidup kepada saya insyaAllah. Saya juga selalu berdoa dapat kebahagiaan dunia akhirat, pahala tambah, amalan diterima Allah dan terlepas dari siksaan kubur. Āmīn.

        Like

  9. Kami akan menganjurkan Rehlah Islahiyyah@ Jerantut selama 3 hari bermula 9-12 Januari 2020. Jom, belajar Islahkan diri, kenal diri dan insafi diri..Hidup ini tidak lama, mati tidak pernah mengenal usia, Malaikatulmaut tidak pernah mengetuk pintu rumah untuk mencabut nyawa. InsyaAllah, matilah dalam usaha dakwah, sekurang²nya anggota badan dan pancaindera mempunyai alasan untuk membela kita di depan Rabbuljalil..
    Byk aktiviti kita lakukan, antaranya: Perkara pertama : minta qabuliyat dari Allah. Org yg keluar di jln Allah doanya makbul. Menangis dan merayu pd Allah.
    Perkara kedua : sekiranya ada kesilapan dan kekurangan, minta maaf dgn Allah. Allah suka pd org yg bertaubat dan minta maaf dan Allah memang suka memaafkan. Allah maafkan, Allah kabulkan dan Allah bagi ganjaran lebih daripada apa yang patut dapat. AZAM..

    Like

    1. Bila rasa diri sempurna..bila bercakap pun mcm konpem Ahli Syurga…last2 ajak keluar 1o hari dan join rehlah dia…nmpk sngt dak wechat nya..wakaka

      Like

  10. Fahaman Wahabi tak bahaya, tapi sifat ujub, sombong, angkuh, merasa diri hebat dan berilmu tinggi, suka mencari keburukan orang, suka bangga diri, suka merendah-rendahkan orang lain adalah lebih bahaya dari fahaman Wahabi. Sifat ujub, sombong, angkuh, takbur dan yang seangkatan fengannya adalah sifat syaitan laknatullah..harap jauhi sifat sebegitu..Wallahuaqlam.
    **Azam hadirRehlah Islahiyyah anjuran kami. Kita sebarkan dakwah kerana Allah, cari redho Allah, teruskan usaha Nabi SAW dalam usaha dakwah..

    Like

      1. Tak habis2 nak cuba larang orang label. Itu ke yang wahabi belajar? ASWJ, Hanafi, Maliki, Shafie, Hanbali semua tiada masalah dilabel sedemikian atau dilabel Ashariyyah dan Maturidi. Kenapa pula bagai cacing kepanasan bila Wahabi dilabel Wahabi? Ada apa2 yang tak betul dengan fahaman wahabi ke?

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s