Menjawab kebebalan Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Ahmad Faris Rabidin berfatwa hibah adalah haram dan mesti dipulangkan

Ahmad Faris Rabidin atau Sat Dee berfatwa bahawa dividen atau hibah yang telah dibayar kepada para pendeposit Tabung Haji pada tahun-tahun sebelum 2018 adalah haram dan mesti dikembalikan kepada Tabung Haji.

Fatwa bebal dan bodoh yang dikeluarkan oleh Ahmad Faris Rabidin adalah kerana dia jahil dalam bidang perakaunan, Akta Tabung Haji, fiqh dan Maqasid al-Syariah.

Sebelum ini saya telah menjawab pembohongan Datuk Zaiton dan Mujahid Yusof Rawa berkenaan keadaan kewangan Tabung Haji dan fitnah mereka terhadap pentadbiran lama Tabung Haji (sebelum pihak pengurusan diambilalih oleh kerajaan Pakatan Harapan).

Sekarang saya ingin menjawab kebebalan dan kebodohan Ahmad Faris Rabidin, pengarah Suruhanjaya Sekuriti yang juga baru dilantik sebagai pengarah di Petronas. Saya telah mendedahkan siapa makhluk ini di dalam penulisan saya yang lepas: Tun M’s foul-mouthed Blogger Ahmad Faris Rabidin @ Sat Dee is rewarded with directorships in SC and Petronas.

Ahmad Faris Rabidin berfatwa dan mendesak pendeposit memulangkan hibah kerana kononnya pembayaran hibah pada tahun-tahun sebelum 2018 adalah haram. Ini adalah pemikiran dan pendirian yang berlandaskan kebodohan, kejahilan dan hasrat dengki. Sebodoh-bodoh Mujahid, menteri yang jarang menggunakan akal pun telah mengumumkan pendeposit tidak perlu pulangkan hibah tersebut.

Kenapa Ahmad Faris kata pembayaran dividen adalah haram / tidak sah kerana kononnya melanggar Akta Tabung Haji, sebab pada tahun-tahun yang lepas kononnya jumlah liabiliti melebihi nilai aset berdasarkan rekod penyata kewangan (accounts).

Namun di dalam Akta tersebut juga dinyatakan dasar pengiraan aset dan liabiliti.

Seksyen 22(2)(a) Akta Tabung Haji 1995
“… tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu… aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta-merta…”

Masalahnya Ahamda Faris Rabidin hanya nampak nilai buku (book value) iaitu amaun yang dinyatakan dalam penyata kewangan. Nilai buku aset tidak semestinya nilai sebenar aset.

Adalah benar akaun Tabung Haji tahun 2017 (statutory audited accounts) telah merekodkan aset kesuluruhan berjumlah RM70.3b manakala liabiliti adalah RM74.4 tetapi ini tidak bermakna jumlah liabiliti telah melebihi nilai sebenar aset. Nilai aset yang lebih tepat adalah nilai semasa iaitu nilai aset boleh direalisasi atau Realisable Asset Value (RAV). RAV pada hujung tahun 2017 adalah RM74.7 bilion dan ini bermakna jumlah aset melebihi liabiliti maka pembayaran hibah tidak melanggar Akta Tabung Haji.

Sebagai contoh, anda beli rumah dengan harga RM100,000 pada tahun 1995. Nilai semasa rumah anda pada tahun 2019 adalah RM1 juta. Kalau Ahmad Faris Rabidin ingin beli rumah anda dengan serta merta adakah anda menjual dengan harga RM100,000 atau RM1 juta? Ya, anda akan menjual pada harga sekitar RM1 juta walaupun RM100,000 masih tercatat di dalam rekod kewangan anda. Nilai tersebut adalah nilai aset boleh direalisasi atau Realisable Asset Value (RAV). Obviously Ahmad Faris Rabidin has no financial sense or even common sense.

Adalah tidak logik dan tidak adil kepada pendeposit kalau hibah tidak boleh dibayar hanya kerana akaun tidak merekodkan nilai sebenar berdasarkan accounting standards. Sebab itu lah Akta tidak mendefinisikan nilai aset adalah amaun yang direkod dalan penyata kewangan. Bukan sahaja Akta tidak menghalang RAV dirujuk sebagai nilai aset malah keratan ayat “dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta merta” boleh ditafsir sebagai mewajibkan RAV digunakan sebagai nilai aset bagi tujuan pengiraan surplus/defisit asset-liabiliti. Juga perlu difahami bahawa RAV berjumlah RM74.7 billion pada hujung tahun 2017 termasuk juga aset-aset yang RAV adalah lebih rendah dari book value.

Nilai aset (RAV) telah dinyatakan dalam laporan tahunan (annual report) 2015 dan 2016 tetapi laporan tahunan 2017 tidak dibentangkan kepada Parlimen. Kenapa tidak dibentangkan? Sebab laporan tersebut akan menyatakan nilai aset sebenar (RAV) melebihi liabiliti. Setiap tahun laporan kewangan yang mengandungi maklumat yang lebih lengkap dibentangkan di Parlimen tetapi kerajaan Pakatan Harapan tidak mengeluarkan laporan tahunan 2017 — hanya penyata kewangan 2017 yang biasa (standard statutory accounts) dikeluarkan kerana ingin menyembunyikan maklumat yang lebih lengkap yang membuktikan Datuk Zaiton dan Mujahid membohong berkenaan keadaan kewangan sebenar Tabung Haji pada tahun-tahun sebelum 2018.

Nilai aset telah dinyatakan dalam laporan kewangan tahun 2015 dan 2016. Nilai aset melebihi liabiliti.

Sehingga kini penyata kewangan 2018 pun masih belum dikeluarkan kerana pentadbiran baru Tabung Haji masih cuba menangani isu nilai sukuk yang baru sahaja dikeluarkan. (Rujuk penulisan saya yang lepas).

Jangan salah faham ya. Walaupun nilai aset (RAV) Tabung Haji melebihi liabiliti, bukan jumlah lebihan (surplus) itu yang dikira sebagai keuntungan yang boleh diagihkan. Sumber hibah dibayar adalah dari keuntungan yang telah direalisasi (realised profit / distributable profit). Cuma, Akta tersebut menghadkan pembayaran hibah. Contohnya, kalau realised profit adalah RM3 bilion tetapi pengiraan aset tolak liabiliti adalah RM2 billion, ia bermaksud RM2 billion adalah jumlah maksima hibah yang boleh dibayar kepada pendeposit walaupun keuntungan jauh lebih tinggi.

Saya nasihatkan Ahmad Faris Rabidin belajar lebih mendalam lagi perakaunan dan corporate finance. Juga jangan biadap dan kurang ajar mencarut macam dirasuk syaitan setiap kali kebodohan dan kejahilan anda didedahkan.

Wassalāmu’alaikum warahmatullāhi wabarakātuh.

– AA –

5 thoughts on “Menjawab kebebalan Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Ahmad Faris Rabidin berfatwa hibah adalah haram dan mesti dipulangkan

  1. Orang macam ini diberikan Kepercayaan untuk menjaga Bursa Saham Negara!!!????
    Patut ler Bursa Saham terus TERSUNKUR tiada days bangkit kembali!!!!

    Like

  2. Hahaha. Go ahead laa PH Govt/TH/MACC/AG Chambers etc do the civil forfeiture on penabung TH pulak…

    Gila punya bunch of people…

    Liked by 1 person

  3. Dear sir

    Your RAV argument is fundamentally flawed. It shows you’re not an accountant. There’s a good reason why that RAV, assuming it is reliable, didn’t make it to Balance Sheet. Ask an accountant before capitalising on it.

    Like

    1. This shows you haven’t got a clue despite calling yourself “Cikgu Prinsip Akaun”. You either have not read and understood properly what I wrote or you’re simply ignorant in accounting and Akta TH.

      Firstly, you are confused between the historical book value in the accounts and the asset value (current value or market value or RAV) for the purpose of computing asset-liability surplus/deficit vis-a-vis Akta TH.

      Secondly, I never said that the accounts / Balance Sheet have to be adjusted to reflect RAV.

      Thirdly, while historical book values in the accounts are not adjusted merely due to fluctuations in RAV, you are, however, gravely wrong that RAV never “makes it to the Balance Sheet”. For example, if there is a permanent diminution in value, the asset must be written down to its RAV. The historical book value is no longer valid and RAV becomes then becomes the updated book value, which in future then becomes the historical book value. You seem to lack basic accounting knowledge.

      Fourthly, if you care to use logic and common sense — even if you are ignorant in accounting — you will understand whether it is the historical book value or RAV that reflects the value of assets vis-a-vis seksyen 22(2)(a) Akta TH.

      Fifthly, the Auditor-General and Ernst & Young shared the same view and interpretation of Akta TH so I suggest you study and analyse a bit more to understand why for purpose of complying with Akta TH, value of assets exceeded liabilities.

      I suggest you also read my past post on this:
      https://azmiarshad.home.blog/2019/05/15/tabung-haji-hibah-atau-hiba-datuk-zaiton-dato-dr-daud-vs-najib-saahari-rakyat-analisis-tv-al-hijrah/

      Now please give your reasoning why you insist historical book value per accounts should be used instead of RAV for the purpose of seksyen 22(2)(a) Akta TH.

      Consult a professional accountant and ask him/her to also read the relevant Akta TH clause before you reply, otherwise you will only, again, make a fool of yourself.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s