Kes SRC: Kemunafikan dan kebodohan AG Tommy Thomas menuntut Najib mohon maaf kerana berfesbuk

Tanda seseorang terdesak adalah apabila meroyan, merapu dan menuntut pemohonan maaf daripada orang yang buat dia stress.

Sehingga kini pasukan AG masih belum mengemukakan apa-apa bukti Najib telah salahguna kuasa kononnya mengarahkan KWAP beri pinjaman RM4 billlion kepada SRC (syarikat milik penuh kerajaan) dan juga Najib telah kononnya mengarahkan sesiapa bayar RM42 juta ke dalam akaun derma politik Najib.

Tommy menuntut permohonan maaf daripada Najib tetapi tidak mengatakan samada ada pembohongan atau unsur fitnah di dalam penulisan Najib di Facebook. Hakim pun hairan sebab apa sebenarnya Tommy ingin Najib memohon maaf.

HAKIM: “Apa bentuk permohonan? Anda mahu tertuduh memohon maaf daripada mahkamah?”

AG TOMMY: “Kami mahukan permintaan maaf atas beberapa posting yang lepas dan janji yang beliau tidak akan lakukannya lagi pada masa depan”

HAKIM: Permohanan ini amat kabur… Tidak ada penjelasan tentang apa yang ofensif atau apa yang boleh dianggap sub judice. Lebih baik (buat) satu permohonan formal oleh pihak pendakwaan.

SHAFEE: “Pendakwaan mahu anak guam saya memohon maaf tetapi anak guam saya tidak tahu apa kesalahan dilakukannya”

AG TOMMY: “Minggu lepas saya buat satu permohonan oral dan pada masa itu, pembelaan tidak meminta permohonan formal… tak apa, kami akan fail permohonan formal”

HAKIM: Ya… Itu lebih baik sebab mahkamah perlu membuat satu keputusan (mengenai perkara itu).

Sumber: Astro Awani 23/7/2019 – Posting FB: Pendakwaan akan fail permohonan formal tuntut maaf daripada Najib

Saya rasa mudah sahaja untuk pasukan peguam Najib membidas permohonan formal AG Tommy dengan menunjukkan betapa hipokrit sikap Tommy sebagaimana saya telah menulis dalam blog post yang lepas.

Kalau ya pun kononnya “sub-judice”, apa masalahnya kalau benar? Itu cuma isu teknikal remeh yang tidak menghalang proses keadilan. Malah ini lagi remeh daripada isu video seks lucah Azmin-Haziq yang membuang masa Ketua Polis Negara dan PDRM.

“Daripada awal dahulu saya telah tekankan bahawa isu ini banyak membuang masa yang saya perlukan sebagai ketua polis negara untuk memastikan anak buah saya menumpukan pada kerja membasmi dan mencegah jenayah, tapi tiba-tiba muncul isu yang pada saya tidak sepatutnya berlaku.” – KPN Hamid Bador

“Anak buah saya perlukan masa untuk kami beri tumpuan dalam soal integriti dan kualiti servis kepada orang ramai. Lepas itu, saya dibebankan dengan perkara remah yang mengaibkan.” – KPN Hamid Bador

Kalau siasatan video lucah yang melibatkan menteri adalah perkara remeh yang membuang masa, apatah lagi penulisan Najib di Facebook yang tidak mengandungi kata-kata lucah atau pembohongan.

Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan demi mencari kebenaran. Lagipun, Tommy sendiri menolak prinsip sub-judice dan apa-apa sekatan atas perbincangan secara terbuka, walaupun kes dalam perbicaraan mahkamah.

Tommy tidak pula bersuara apabila orang lain bercakap atau menulis berkenaan kes SRC dan 1MDB. In actual fact, Tommy juga telah berkata:

“So carry on speaking. Everybody speaks. Say what you want. And when you say these things there will be mistakes and errors. It doesn’t matter.” — AG Tommy Thomas

Maksudnya Tommy menggalakkan fitnah tetapi ingin menghalang Najib daripada bercakap benar. Sebab itu, pada masa yang sama, Tommy tidak minta pembohong besar negara Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH lain diam dan mohon maaf.

Hakikatnya Tommy Thomas terdesak dan terpaksa sedaya upaya cuba menghalang pendedahan fakta-fakta yang mencerminkan kebenaran. Kita telah lihat sikap yang sama Tommy Thomas yang dizahirkan dengan jelas dalam kes inkues Allahyarham Adib.

Sama-sama kita berdoa Hakim akan membuat keputusan yang adil iaitu menolak permohonan AG Tommy yang remeh, berhasrat dengki (mala fide), menyekat kebebasan bersuara demi kebenaran, menyalahguna proses mahkamah dan membazirkan masa mahkamah.

– AA –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s