TH Hotel & Residence Sdn Bhd: Menjawab pembohongan penyokong2 PH

Saya ingin menjawab kebebalan dan kebodohan admin Mudahkan Tatanegara yang cetek ilmu. Terlalu ramai percaya pembohongannya. The blind leading the blind.

Penulis tersebut membuat pelbagai dakwaan dan andaian palsu berdasarkan laporan SSM di bawah. Saya akan jawab semua point 1 – 10 dalam posting Facebook tersebut.

Saya telah beli dan download penyata kewangan penuh TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) dari website SSM. Penyata kewangan tersebut mengandungi maklumat yang lebih lengkap dan terperinci yang membuktikan kalau bukan jahil, bodoh, gopoh dan suka membohong, bukan mahacai PH.

1. RM 45 juta rizab ditukar menjadi modal syer (pegangan saham).

Ini bertujuan untuk menaikkan jumlah saham. Dividen dibayar untuk setiap unit saham (dividend per share). Lebih banyak saham, lebih banyak ‘saluran’ untuk bayar dividen, maka tak nampak ‘obvious’ sangat.

Sebenarnya sebuah syarikat tidak perlu menaikkan modal saham (share capital) semata-mata untuk bayar jumlah dividend lebih tinggi. Andai kata syarikat ingin isytihar dividen RM1 juta, maka RM1 juta lah di isytiharkan tanpa mengambilkira langsung jumlah share capital. The share capital could be RM2, RM100, RM100k or RM1 million. It doesn’t matter. The share capital comes into play only when you want to compute dividend per share i.e. after determining the total dividend payout.

Yang menghadkan jumlah dividen yang boleh diisytihar adalah retained earnings (keuntungan terkumpul) atau distributable profit (keuntungan yang boleh diagihkan) dan keadaan cashflow. Share premium account atau mana-mana capital reserve adalah rizab yang tidak boleh diagihkan sebagai dividen dan tiada kaitan dengan dividen walaupun telah ditukar kepada share capital sebelum dividen di isytihar.

Agaknya selain jahil accounting, cytro PH tersebut tidak pernah memiliki syarikat sendirian berhad.

The following publication by Accountants Today (the official publication of the Malaysian Institute of Accountants) is self-explanatory:

Maksudnya, dalam kes THHR, share premium account RM45 juta telah bertukar jadi share capital atas sebab yang diberikan di atas. Penukaran tersebut tiada kaitan langsung dan tidak relevan untuk menentukan jumlah dividend yang boleh dibayar oleh TTHR kepada Tabung Haji.

2. Liabiliti naik mencanak. Daripada RM 11 juta jadi RM111 juga. Kemungkinan besar sebuah pinjaman bank dibuat sebanyak RM100 juta.

Pinjaman bank kepala hotak dia. Liabiliti naik dari RM11 juta (2016) ke RM111 juta (tahun 2017) sebab dividen sebanyak RM104.5 juta telah di isytihar oleh THHR tetapi RM100 juta belum di bayar kepada pemegang saham THHR (iaitu Tabung Haji) pada tahun 2017.

Kalau dividen belum bayar, ia adalah liabiliti. Simple.

3. Revenue tak naik, tapi profit (keuntungan) naik, ‘kebetulan’ lebih kurang RM100 juta jugak #eh.

Soalan: Bisnes apa yang boleh profit RM100 juta walaupun revenue hanya RM19 juta? Profit margin lebih daripada 500% tu!!! 🤯

Jawapan: Bisnes Bosskurrr. Jho Low yang ajarkan 😂😝

Loyar buruk punya pasal, misteri masih belum terjawab kan? 🤪

Jawapannya, keuntungan sebuah “investment holding company” memang boleh dan lazimnya lebih tinggi daripada revenue. Ini adalah kerana investment holding company biasanya tidak ada aktiviti perniagaan yang besar berbanding kegiatan perniagaan anak-anak syarikat (subsidiaries). Ini adalah perkara biasa.

Pendapatan utama bagi investment holding company (seperti THHR) adalah dividen daripada anak-anak syarikat. THHR merekodkan dividen RM104.5 juta daripada anak-anak syarikat pada tahun 2017. Dividen tidak di klasifikasi sebagai revenue. Ia adalah asing dari revenue. Ini bukan satu misteri. Ia hanya adalah misteri bagi mahacai PH yang tidak berilmu.

4. ‘Profit before tax’ dengan ‘profit after tax’ tak banyak beza. Nampaknya ‘tax’ (cukai) bayar sikit sahaja kerana keuntungan sebenar juga sedikit.

Ini bermaksud keuntungan yang RM100 juta itu adalah ‘paper profit’ semata-mata yakni ikut taksiran sendiri.

Biasanya ini adalah penilaian semula hartanah iaitu hotel, tanah dan bangunan lain ikut harga terkini di pasaran.

Contohnya: Hotel dahulu dibeli pada harga RM5 juta, sekarang dikatakan sudah naik harga menjadi RM9 juga. Contoh sahajalah.

Pertama sekali, of course tidak banyak beza PBT dan PAT sebab dividen tidak dikenakan bayaran cukai. Keduanya, THHR tidak memiliki hotel, tanah atau bangunan maka tidak timbul persoalan penilaian semula (revaluation). Kenapa lah bodoh sangat.

5. Ok, untung dah ada RM100 juta, walaupun untung tulis sendiri atas kertas. Cash dah ada RM100 juta sebab dah pinjam bank. Maka boleh bayar dividen RM104 juta (sila lihat akaun). Woohoo!

Pakai hentam aje kata paper profit dan “untung tulis sendiri atas kertas” dan ada pinjaman bank. Bangangnya mamat ni.

Rujuk balik jawapan saya kepada point 2, 3 dan 4 di mana terbukti keuntungan dan cash adalah terutama sekali disebabkan dividen daripada anak-anak syarikat THHR. Tidak ada pinjaman bank. Maka keuntungan tersebut adalah realised profit (bukan atas kertas) — cuma tunggu terima bayaran sahaja ketika itu.

Daripada RM104.5 juta dividen tersebut, THHR telah terima RM4.5 juta dalam tahun 2017 dan RM75 juta pada tahun 2018 daripada anak-anak syarikat, bukan dari pinjaman bank. Paper profit dan pinjaman bank kepala hotak dia.

Ekstrak Statement of Cash Flows daripada penyata kewangan THHR di atas sekali lagi membuktikan mahacai PH gopoh membuat andaian bodoh dan tidak berasas.

6. Dividen dah dibayar daripada TH Hotel & Residence Sdn Bhd kepada Tabung Haji. Tabung Haji pun bayar hibah kepada pak haji dan mak hajah. Pengundi pun suka hati, kerajaan selesa sikit nak pilihanraya Mei 2018.

Betul. Cuma, oleh kerana jahil dan bodoh, mahacai PH ini ingat Tabung Haji tidak sepatutnya bayar hibah atas sebab-sebab palsu yang dia sendiri reka.

7. Tapi pinjaman RM100 juta tahun 2017 macam mana nak bayar? Interest payment tinggi tu kalau tak bayar!

Pinjaman RM100 juta dan interest payment tinggi adalah sama seperti otak mahacai PH — tidak wujud.

8. Kalau kita tengok 2018, aset dah susut sebab kena gadai, nak bayar hutang. Bila current asset, non-current asset dah susut sebab kena jual bersih, current liabilities (hutang) pun turun (daripada RM111 juta kepada RM32 juta) sebab hutang dah bayar balik.

Saya tak tahu kalau nak ketawa atau menangis atas kebodohan mahacai PH ini. Rujuk kepada Statement of Financial Position (Balance Sheet) THHR di bawah:

Aset apa yang digadai untuk ‘bayar hutang’? Jawapannya tiada. None whatsoever. Secara ringkas, aset dan liabiliti menurun terutama sekali sebab dividen (RM75 juta) telah diterima dari anak-syarikat THHR dan THHR kemudian bayar dividen (RM75 juta) kepada Tabung Haji. (Rujuk balik Cash flows from investing activities di atas).

(i) Assets: Receivables and deposits RM111 juta pada tahun 2017 termasuk RM100 juta baki dividend daripada anak-anak syarikat yang bayaran belum diterima. Baki kemudian menurun dari RM111 juta (2017) ke RM33 juta (2018) terutama sekali kerana bayaran RM75 juta diterima dalam tahun 2018, which is good news for THHR.

(ii) Liabilities: Untuk tahun 2017, Payables and accruals RM111 juta termasuk RM100 juta baki dividen yang THHR belum bayar kepada Tabung Haji as at year end. Baki kemudian menurun dari RM111 juta ke RM32 juta terutama sekali kerana THHR telah RM75 juta kepada Tabung Haji dalam tahun 2018. Maka tinggal baki dividen RM25 juta yang belum dibayar as at 31/12/2018.

Pendek kata, THHR mengambil dividend daripada anak-anak syarikat untuk seterusnya dibayar kepada Tabung Haji. Sebab itu aset dan liabiliti THHR naik turun hampir sama banyaknya.

9. Tapi hutang masih banyak (RM11 juta 2016, RM32 juta 2018), bayaran faedah naik. Bangunan dah jual banyak, jadi pendapatan sewa dah kurang. Maka pada tahun 2018, THHR mencatatkan kerugian.

Seperti telah saya telah tunjuk di atas, RM32 juta itu (tahun 2018) termasuk dividen RM25 juta yang belum dibayar kepada Tabung Haji maka tidak timbul persoalan bayaran faedah naik.

Saya tidak berapa faham kenapa mahacai PH kata “bangunan dah jual banyak”. Berdasarkan penyata kewangan THHR dari tahun 2015 ke 2018, THHR tidak jual apa-apa bangunan kerana memang THHR tidak pernah memiliki bangunan. Aset tetap (fixed assets) dimiliki THHR cuma motor vehicles, computers & software, office equipment dan furniture & fittings maka mana datang “bangunan dah jual banyak?”. Bengap.

10. Pada hujung 2018, THHR ini banyak hutang, duit tiada, aset dah kena gadai. Bagaimana nak bayar dividen? Nak hidup pun tercungap-cungap!

Mereka yang ingin mendengar, kerajaan sudah sahkan berlaku creative accounting.

Yang hati busuk tak mahu mendengar, dia akan tetap kata kerajaan PH kencing

Saya tidak perlu ulas lagi betapa bodohnya point nombor 10 mahacai PH ini. Dia telah buat kesimpulan berdasarkan andaian palsu hasil pemikiran dari sel-sel otak yang tidak berhubung. Mahacai yang hati busuk akan tetap nafi kerajaan PH kencing dan terus bersikap bodoh sombong.

Masalahnya mahacai PH gopoh, bodoh, jahil dan malas selidik. Saya mengulas berasaskan audited financial statements yang mengandungi maklumat lebih lengkap dan terperinci berbanding laporan Key Financial Information terbitan SSM. Lagi mahacai memalukan dan membodohkan diri sendiri ialah cuba berhujah tanpa menguasai ilmu perakaunan dan kewangan. Their arguments make me cringe.

Sebagai penutup saya hadiahkan beberapa screenshot tiga orang PH lagi yang bebal (termasuk seorang Ahli Parlimen) disertakan dengan jawapan/komen saya. Tidak perlu minta izin kalau ingin sebarkan.

Bila kita observe cara pemikiran orang PH, patutlah ramai penyokong-penyokong PH mudah percaya pembohongan Lim Guan Eng hutang negara RM1 trillion pada tahun 2017, berbillion wang GST dirompak dan semua kegagalan PH dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara adalah salah kerajaan BN yang lepas.

– AA –

14 thoughts on “TH Hotel & Residence Sdn Bhd: Menjawab pembohongan penyokong2 PH

  1. Maaf, ada perkara yg saya tak brapa faham bila rujuk pada statement Key Financial Information THHR dari SSM yg mula diviralkan. 1. Utk 2017, current assets ialah RM 126M. Tapi utk tahun2 sebelumnya tak melebihi RM 31M. Bagaimana ia boleh berlaku? 2. Tn kata profit RM 104M utk 2017 termasuk dividend dari anak2 syarikat. Tetapi utk tahun2 sebelumnya profit tak melebihi RM 3M pun. Adakah pada tahun2 tsb tiada atau sangat2 sikit dividen dari anak2 syarikat?

    Mohon penjelasan jika diketahui..

    Like

    1. 1. Anak2 syarikat THHR telah declare dividen berjumlah RM104.5 juta untuk tahun 2017. Bayaran RM4.5 juta telah diterima, maka baki RM100 juta belum dibayar masuk receivables (current assets).

      2. Betul. Dividen pada tahun2 lepas 2016: RM7m, 2015: RM7m, 2014: RM4m. Tiada dividend tahun 2013 dan sebelumnya sebab hampir semua anak2 syarikat dibeli pada tahun 2013.

      Like

      1. Tkasih atas response tn.. jadi apakah yg anak2 syarikat THHR buat yg memungkinkan penambahan ketara dari RM7m ke RM104.5m dalam masa satu tahun?

        Like

      2. RM100m dari jumlah dividen RM104.5m adalah dari TH Travel & Services. Walaupun dividen sebanyak itu di isytihar dalam satu tahun, ia adalah dari retained earnings iaitu keuntungan terkumpul dari tahun2 yang lepas. Selepas dividend RM100m itu, baki masih RM31.5m dan kemudian naik balik ke RM65.8m pada hujung tahun 2018. Bermaksud bayaran dividend tersebut tidak memudaratkan THTS. Banyak mana dividen di isytihar untuk sesuatu tahun mungkin depends on how much hibah Tabung Haji decides to declare for depositors for that year.

        Like

  2. Noted and thanks.. maaf saya banyak soal kerana background saya bukan finance … tapi cuma nak cuba try faham isu dgn lebih dalam lagi… ok setakat yg saya dah check dlm website TH, TH Travel and Services bukan merupakan anak syarikat TH Hotel and Residences, jadi bagaimana THTS boleh berikan RM100m kpd THTR? tapi jika mmg dibenarkan dlm prosedur TH, ini bermakna duit tu bukanlah dari hotel2 bawah THTR, dan ini juga membuktikan bahawa hotel2 tsb tidaklah berada dlm keadaan baik .. betulke kefahaman saya?

    Like

      1. OK noted… since THTS dimiliki oleh THHR dan dividen diambil dari retained earnings THTS, ini bermakna pada tahun2 sebelum 2017, THTS tidak memberi sumbangan dividen kerana profit THHR amat kecil?

        Like

      2. Tidak. Contohnya, dividen langsung tidak di isytihar walaupun retained earnings RM60m, RM69m, RM70m dan RM79m pada tahun2 2011, 2012, 2013 dan 2014 respectively. Retained earnings kemudian meningkat setiap tahun dari RM79.4m (2014) ke RM109m (2017) selepas bayar dividend berjumlah RM15.5m untuk tahun 2014, 2015 dan 2016.

        Like

      1. Tkasih.. mungkin soalan sebelumnya tak lepas, saya repost sini.. adakah ini bermakna yg dividend RM100juta dari THTS menujukkan hotel2 dibawah THHR tidak dalam keadaan baik seperti yg dijangkakan.

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s