Saya merujuk kepada artikel “Ivermectin: Rawatan Ajaib Melawan Jangkitan COVID-19?” yang ditulis oleh Harith Kamal. Sebagaimana dinyatakan oleh The Patriots, artikel tersebut tidak semestinya melambangkan pandangan The Patriots sendiri. Alhamdulillah.
Bagi saya, tidak ada apa-apa yang ajaib pun ivermectin. Saya yakin terdapat juga rawatan-rawatan lain yang mampu membantu badan kita melawan COVID-19. Ivermectin cuma salah satu. Cuma justifikasi untuk penggunaan ivermectin dan alternatif-alternatif lain dianggap berdasarkan data/ujian yang tidak mencukupi oleh WHO, FDA dan KKM dan didakwa berasaskan bad science oleh penyokong-penyokong mereka.
Saya telah pun menyatakan pendirian saya – rujuk “Ivermectin: Rakyat’s meat is KKM’s poison. KKM should take its medicine and lift the ban”
Sebenarnya saya tidak minat berbahas secara terbuka berkenaan vaksin, ivermectin dan jenis pencegahan/rawatan lain tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk membalas penulisan saudara Harith, sebab kalau diam pembaca akan percaya saudara Harith berkata sebenar-benarnya – which is not the case. Ada yang benar, ada yang tidak benar, ada yang half-truth, ada yang grey area dan ada yang mengelirukan.
Let’s address each paragraph of Harith’s article.
Seperti yang pembaca sudah sedia maklum, setakat ini dunia masih bergelut menentang penyebaran dan jangkitan COVID-19. Walaupun sesetengah bahagian dunia sudah menunjukkan penambah-baikan yang ketara dalam konteks jumlah kes kumulatif dan kadar kematian (terima kasih atas usaha vaksinasi yang tuntas dan terbukti berkesan), situasi yang sama tidak terlihat di blok-blok dunia yang lain.
Perenggan 1
Awal-awal lagi sudah nampak sikap bias dan prejudis. Saudara Harith mungkin penyokong tegar vaksin, which is understandable kalau dia bertaqlid kepada WHO, FDA dan KKM. Secara jujur saya kata, I don’t fault him for this. Secara amnya, bertaqlid kepada pihak-pihak berkenaan adalah jalan lebih selamat bagi kebanyakan orang. Saya pun bertaqlid kepada pihak-pihak berkenaan untuk beberapa jenis ubat dalam pasaran but the COVID vaccines raise some questions.
Saya setuju kes kematian (dan kes hospitalisation/ICU) boleh turun disebabkan vaksinasi tetapi tidak benar hanya kerana vaksin semata-mata. Antara sebab-sebab lain adalah lockdown (asalkan tidak buka pintu belakang selepas tutup pintu depan), SOP, rawatan-rawatan lain yang menguatkan kesihatan badan dan immune system etc. Sebab itu mereka yang divaksinasi masih disuruh memakai mask dan patuh SOP.
Namun adalah tidak benar vaksin akan menurunkan kes jangkitan sebab vaksin tidak mencegah. Cuma sekiranya dijangkiti mugkin tidak melebihi tahap 2 (kononnya). Itu pun terdapat banyak kes kategori 3,4,5 dan kematian setelah divaksin (dan kemudian dijangkiti). Ini fakta.
Sekiranya kita memerhatikan negara dunia ketiga seperti Malaysia, kita kelihatan terkial-kial, diburukkan lagi dengan keranapan struktur sosial dan ekonomi yang hampir menjadi realiti, lantaran kelelahan para petugas kesihatan dan juga perspektif rakyat marhaen melihat keadaan yang tidak bertambah baik walaupun perintah berkurung dan sekatan ekonomi yang berpanjangan telah dikuatkuasakan. Sekadar menambah minyak ke dalam api, sikap sambil lewa ahli politik dan golongan 20 teratas dalam membendung penyebaran COVID-19 juga amatlah mengecewakan.
Perenggan 2
Aik…. di Perenggan 18 Harith kata “… setakat ini lvermectin tidak lebih dari sekadar rawatan populis, yakni hanyalah sekadar rawatan berdasarkan emosi orang ramai dalam melawan jangkitan COVID-19” tapi nampak macam saudara Harith yang emosi. Takpe, kita kan manusia.
Walaupun vaksin merupakan cara yang terbaik setakat ini (yang telah dibuktikan oleh ujian klinikal) dalam usaha melawan wabak COVID-19, sebagai langkah pencegahan, fungsi vaksin tampak terhad sekiranya pesakit yang belum sempat divaksin dijangkiti virus tersebut.
Perenggan 3
Baru sampai perenggan ketiga, saudara Harith sudah pun membuat kesimpulan vaksin merupakan cara yang terbaik. Merujuk kepada komen saya di Perenggan 1, it’s okay and perfectly understandable. Tiada masalah biased dan prejudis, as the whole purpose of the article was to promote the vaccine and denigrate ivermectin. I’m just saying Harith’s view must not be taken as an objective assessment of vaccines and ivermectin hence this response.
Anyway…
Pertama, saya tidak persoalkan vaksin merupakan cara terbaik to the extent “telah dibuktikan oleh ujian klinikal. It is not my place to disagree (even though there have been studies to demonstrate the effectiveness of ivermectin tetapi tidak diiktiraf oleh pihak-pihak berkenaan) maka saya setuju sahajalah tanpa memerlukan bukti. Namun realitinya tiada beza sebagai langkah pencegahan mereka yang divaksin berbanding mereka yang tidak divaksin. Sebagai contoh (dan bukti), 74% penduduk Masacchussettes vaksin yang dijangkiti adalah mereka yang telah divaksin. Di Singapura pula 75% — even worse, for the purpose of statistics, mereka yang divaksin dengan Sinovac dianggap tidak divaksin because of low/uncertain efficacy. SMS daripada MKN pula kata “Jangan pilih jenis vaksin”. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula berkata tidak banyak perbezaan antara Sinovac dan Pfizer. Kerajaan Singapura emosi ke?
Keduanya, fungsi vaksin tampak bukan sekadar terhad tapi lebih MEMUDARATKAN pesakit COVID berbanding pesakit yang tidak divaksin because the vaccine causes the immunity system to be weak for a certain time.You are more at risk of being hospitalised or ending up dead if infected with COVID-19 (especially with the Delta or Lambda variant) for a certain time soon after vaccination because of the temporarily weak immune system. Keberkesanan vaksin juga akan merosot selepas beberapa bulan. Getting more booster shots may increase the number of antibodies but not the quality.
Rawatan akut untuk jangkitan COVID-19 yang telah dibuktikan oleh ujian klinikal dilihat sangat terbatas dari segi keberkesanannya, lebih lebih lagi dalam usaha merawat jangkitan COVID-19 yang bertahap lebih kritikal. Beberapa rawatan, tahniah atas usaha bersama saintis dalam ujian RECOVERY seperti steroid dan juga ubat antivirus Remdesivir merupakan antara hasil kajian yang didapati sedikit sebanyak membantu memendekkan tempoh rawatan pesakit COVID- 19 walaupun kadar kematian tidak menunjukkan banyak perbezaan dalam jangka masa panjang.
lni telah membawa kepada penyebaran usaha merawat jangkitan coronavirus secara rawak, contohnya menggunakan antibodi monoklon (monoclonal antibody) seperti tocilizumab di Ireland dan juga semestinya, nama rawatan yang paling sensasi sejak kebelakangan ini sehingga ia dipolitikkan di persidangan parlimen; lvermectin.
Perenggan 4-5
Diambil maklum dan saya rasa tiada apa-apa yang perlu dibahas dari kenyataan-kenyataan tersebut. Saya terima tanpa memerlukan bukti.
Secara ringkas, lvermectin merupakan ubat anti-parasit spektrum-luas (broad-spectrum antiparasitic agent) yang kerap digunakan dalam melawat jangkitan parasit seperti scabies dan strongyloidosis. Walaupun dimomokkan oleh kenyataan bahawa lvermectin merupakan ubat khusus untuk haiwan, ini tidak benar sama sekali kerana lvermectin acapkali digunakan untuk merawat jangkitan parasit seperti yang telah dijelaskan di atas sehingga ia dimasukkan dalam senarai “Ubat-Ubatan Penting WHO” sejak didaftarkan pada 1981.
Perenggan 6
Syabas saudara Harith. Thank you for being honest. Malangnya masih ramai memomokkan ivermectin adalah ubat haiwan, terutama sekali mereka yang bertaqlid kepada FDA dan KKM. FDA sendiri menyatakan: “Do Not Use Ivermectin Intended for Animals as Treatment for COVID-19 in Humans”. Walaupun ayat tersebut tidak salah, namun niatnya buruk iaitu sengaja untuk mengelirukan orang awam. Literally the sentence is correct but the intention is malicious and wrong. FDA knows very well that the public will take it to mean that ivermectin is only for animals.
KKM lagi teruk. Apa KKM kata?
Ivermectin digunakan hanya untuk haiwan. (MySejahtera)
Ivermectin adalah sejenis ubat anti parasit yang digunakan untuk haiwan. (Twitter)
This looks like cheap and false propaganda by KKM. This is a blatant lie. KKM is being dishonest and deceitful. Jelas sekali kenyataan-kenyataan tersebut tidak benar sama sekali sebagaimana dinyatakan dengan jujur oleh saudara Harith.
Penggunaan lvermectin dalam rawatan jangkitan akut pneumonia (jangkitan paru-paru) COVID mula mendapat perhatian dunia sejak penerbitan kajian Caly et al (masih dalam tempoh kajian setakat waktu artikel ini ditulis) yang mendakwa bahawa lvermectin dalam dos yang tinggi mampu untuk menghentikan replikasi SARS-CoV-2 dalam ujian invitro (di dalam tabung uji).
Perenggan 7
Diambil maklum tanpa memerlukan bukti.
Penemuan separa masak ini membuktikan manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila terdesak kerana kita boleh melihat tindakan beberapa negara Amerika Latin yang segera meluluskan penggunaan lvermectin secara membuta tuli, sepertimana yang berlaku di Peru, Bolivia dan Guatemala. Walaupun diberi amaran oleh pakar perubatan sedunia bahawa keberkesanan lvermectin belum terbukti secara kukuh, lumrah manusia yang lebih gemar akan penyelesaian ajaib melonjakkan lagi populariti lvermectin sehingga penjualannya berleluasa di dalam pasaran gelap di sekitar kawasan Amerika Latin.
Perenggan 8
Ada kebenaran apa yang dinyatakan oleh saudara Harith. Namun vaksin pun belum terbukti secara kukuh malah sebaliknya terbukti ada beberapa kes mereka yang divaksin (people we know) telah dijangkiti sehingga ke kategori (stage) 3, 4 dan 5 — belum ambilkira lagi kes-kes yang tidak diketahui dan tidak dilaporkan. Ada juga yang meninggal dunia. In any event, saya setuju penjualan di dalam pasaran gelap sangat merbahaya because it will also cause fake ivermectin to be sold in countries where law enforcement is poor. Saya tidak akan berani beli ivermectin dari South America. In my opinion, for Malaysia, ivermectin should be made freely available at pharmacies and at worst be a controlled or prescription item — but not banned. My opinion is merely based on ivermectin already having been approved by FDA and widely used for the past 30-40 years with only very remote cases of fatal side effects.
Menariknya, beberapa hari selepas artikel terbitan Caly et al dilancarkan, ia ditarik balik atas alasan kajiannya masih belum sesuai untuk peer review (kajian semula oleh sekumpulan saintis yang lain).
Perenggan 9
Menariknya juga kajian Caly et al was published online on 3 April 2020, dan seminggu kemudian pada 10 April 2020, FDA membantah dengan mengeluarkan kenyataan: “Do Not Use Ivermectin Intended for Animals as Treatment for COVID-19 in Humans”. Nampak kan — the ubat haiwan propaganda. The crux of it, however, is reflected in FDA stating in its letter “Additional testing is needed to determine whether ivermectin might be safe or effective to prevent or treat coronavirus or COVID-19.” That is, FDA had not concluded that ivermectin was ineffective. FDA tidak membuat kesimpulan ivermectin tidak berkesan melawan COVID-19 walaupun tajuk surat adalah menakutkan.
FDA, a group of a few scientists and another scientist mengkritik kajian tersebut tapi saya tidak tahu dan saudara Harith tidak menyatakan kajian Caly et al kemudian ditarik balik oleh siapa. Ia masih ada di website US NCBI. I’m guessing maybe it was withdrawn from the Research Square Platform. Anyway, it doesn’t matter sebab apa nak hairan sangat pun ditarik balik oleh mana-mana pihak kalau tidak ingin dikenakan tindakan oleh FDA.
Kita kaji sedikit (setakat mampu faham Bahasa Inggeris) kenyataan dua kumpulan yang mengkritik kajian Caly et al.
Kumpulan pertama kata:
“Recently Caly et al. reported in vitro activity of ivermectin against SARS-CoV-2 following a single addition to Vero-hSLAM cells, and suggest that these data “demonstrate that ivermectin is worthy of further consideration as a possible SARS-CoV-2 antiviral”. In isolation, these in vitro data are robust and encouraging but the report does not include a correlation of the in vitro findings with clinically achievable plasma and, more relevantly, lung concentrations that would permit the determination of whether the macrocyclic lactones (and specifically in this case ivermectin) are genuine therapeutic options.” — Craig R. Rayner, Karen Yeo, David Wesche, Lisa Almond, Michael Dodds, Patrick F. Smith, and Mark Sullivan
Kumpulan (actually only one person) kata:
“…. we have to be concerned with putative important adverse effects that this drug could produce at the higher than usual doses that would be necessary for treating COVID-19 patients. As a result, a phase 1 study is absolutely needed before using ivermectin since a recent meta-analysis concluded that there are not enough data to support a recommendation for its use in higher-than-approved doses (Navarro et al., 2020).” – Francois Noel
The above statements do not conclude that ivermectin is dangerous or ineffective. So it looks like it was withdrawn (if it was withdrawn) because more research is required to scientifically prove that ivermectin is effective. This is fair enough. Then what about vaccines, especially after many have died despite being vaccinated and non-infected people have also died after being vaccinated? If vaccines can be approved for emergency use then why not also ivermectin also be approved for emergency use since the latter has a 40-year long safety profile?
Sementara itu, PAHO (Organisasi Kesihatan Pan-Amerika) turut mengeluarkan terbitan am mereka yang membantah penggunaan ivermectin dalam praktis klinikal atas sebab keselamatan dan keberkasanan ivermectin yang belum sepenuhnya teruji dalam merawat jangkitan COVID-19.8
Perenggan 10
Siapa PAHO? Seperti dinyatakan di laman web PAHO:
“PAHO wears two institutional hats: it is the specialized health agency of the Inter-American System and also serves as Regional Office for the Americas of the World Health Organization (WHO), the specialized health agency of the United Nations”
Therefore, PAHO’s testimony is redundant. PAHO will say what WHO wants them to say i.e. it adds no additional weight to FDA’s statement.
Laporan awal dalam kajian asal Caly et al turut menimbulkan beberapa persoalan; pertamanya dos yang digunakan di dalam laporan berdasarkan kajian in-vitro iaitu 5μM adalah mustahil untuk dicapai di dalam kajian in-vivo (dalam organisma hidup) memandangkan kepekatan plasma tertinggi yang pernah direkodkan di dalam mana-mana organisma hidup hanyalah 0.28μM.
lni hanya berjaya dicapai dengan menggunakan dos sebanyak 1700μg/kg (lebih kurang 9 kali lebih tinggi dari dos selamat yang dicadangkan oleh FDA). Secara mudahnya, ini boleh diibaratkan seperti melemaskan bakteria di dalam piring petri dengan sesudu alkohol dalam kepekatan yang tinggi, atau menelan pencuci tangan beralkohol seperti yang dicadangkan oleh Presiden Trump
Perenggan 11-12
Just to be clear, yang dicadangkan oleh Presiden Trump tiada kaitan dengan ivermectin tapi in relation to hydroxychloroquine. Mana lah tahu ada yang salah faham walaupun hanya diibaratkan. Cuma jangan lah cuba samakan golongan yang pertahan ivermectin dengan Donald Trump. Tak adil lah macam tu. Apa pun saya tak dapat komen berkenaan hydroxychloroquine samada berkesan atau tidak.
Bab teknikal saya surrender. Saya bukan berkeahlian untuk menilai samada dos adalah cukup atau tidak. I only know about the protocol recommended by both my doctor and pharmacist. Maka kita tidak perlu bincang pasal dosage. Leave that to the scientists. I am only concerned with dosage dalam bentuk pil (e.g. 12mg) yang saya yakin ia bukan dosage untuk semut, lembu atau gajah.
Berkenaan dos terlalu rendah di dalam kajian makmal tersebut, saya rasa saudara Harith sepatutnya memaklumkan kepada pembaca bahawa persoalan tersebut telah dijawab oleh kumpulan Caly et al (David A. Jans and Kylie M. Wagstaff). Maaf saya kata bahawa this is a hint of intellectual dishonesty i.e Harith should have also included the response or at least mention that the author(s) of Caly et al had responded. Otherwise people will wrongly conclude silence means admission.
“Ivermectin’s key direct target in mammalian cells is a not a viral component, but a host protein important in intracellular transport (Yang et al., 2020); the fact that it is a host-directed agent (HDA) is almost certainly the basis of its broad-spectrum activity against a number of different RNA viruses in vitro (Tay et al., 2013; Yang et al., 2020). The way a HDA can reduce viral load is by inhibiting a key cellular process that the virus hijacks to enhance infection by suppressing the host antiviral response. Reducing viral load by even a modest amount by using a HDA at low dose early in infection can be the key to enabling the body’s immune system to begin to mount the full antiviral response before the infection takes control.” –
I am of course not qualified to say whether the response is satisfactory but the fact is he explains why low dosage may be effective. But in any case, justifikasi untuk kegunaan ivermectin tidak bergantung kepada kajian Caly et al semata-mata. It can be excluded, just like the Elgazzar study was withdrawn (without first informing or asking Elgazzar himself), but there still remain other studies that support the use of ivermectin.
Selain itu, persoalan seterusnya ialah berkenaan ujian pembolehubah rawak (randomised-controlled trial, RCT) yang telah dijalankan setakat Februari 2021 menunjukkan bahawa ujian-ujian tersebut kebanyakannya melibatkan kumpulan populasi yang terlalu rambang, di samping penerimaan rawatan eksperimentasi lain dalam ujikaji yang sepatutnya hanya ditumpukan kepada fungsi ivermectin.
Seperti yang kita pelajari dalam asas kelas sains di sekolah rendah, kualiti pembolehubah perlu dijaga sebaik mungkin bagi menghasilkan keputusan kajian yang memuaskan. Terdapat juga RCT yang belum didaftarkan, memburukkan lagi keadaan untuk mengelakkan hasil kajian yang berat sebelah, tambahan lagi, menyukarkan usaha dalam pengumpulan data secara global di kalangan para saintis.
Kewujudan kajian-kajian yang tidak memberangsangkan ini menunjukkan tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa lvermectin lebih berkesan kalau dibandingkan dengan placebo ataupun rawatan mengikut piawaian. Namun begitu, kerosakan yang timbul hasil dari penyebaran maklumat yang dimanipulasikan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini tidak dapat diundurkan.
Perenggan 13-15
Woishhh…. Ini sudah lain macam tahap kajian saudara Harith. I believe saudara Harith is referring to systematic reviews of studies (of RCTs) on ivermectin. Walaupun sumber tidak dinyatakan, pandangan saudara Harith mencerminkan pandangan dan kesimpulan dalam artikel “Ivermectin for the treatment of COVID-19: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials” by a group of 6 scientists (Roman et al) and published by Clinical Infectious Diseases. (Some people call it the “Oxford Study” because it was Published by Oxford University Press for the Infectious Diseases Society of America). The paper criticised the quality of research and went on to conclude: “In comparison to SOC or placebo, IVM did not reduce all-cause mortality, length of stay or viral clearance in RCTs in COVID-19 patients with mostly mild disease. IVM did not have an effect on AEs or severe AEs. IVM is not a viable option to treat COVID-19 patients.”
Again, if it is this systematic review that Harith is referring to, then he should also have mentioned that a group of 40 doctors and scientists had rebutted the contents and conclusion of the Oxford Study (which was biased and prejudiced) and requested for a retraction of the article through an open letter titled “Statement of Concern and Request for Retraction”. Otherwise, again, it is another hint of intellectual dishonesty by saudara Harith. (Cuma saya tidak pasti sekiranya saudara Harith merujuk kepada systematic review yang lain, which would then not be as significant as the Oxford Study).
Nonethless this is a relavant extract of the open letter, which is self-explanatory:
“In addition to addressing these issues, it is essential to include other eligible trials and to re-analyse the data. Otherwise, the article has no value and the conclusions dangerously misleading. Bryant et al.1 have previously shown these conclusions incorrect and the results different when eligible trials are added. Correctly analysed, the chosen mortality data show a difference between ivermectin and control which is not statistically significant, but with point estimates all favouring ivermectin. This alone suggests that with adequate power, further trials might strengthen conclusions”
Kumpulan saintist tersebut (yang menyokong penggunaan ivermectin) menyatakan penilaian perlu mengambilkira “other eligible trials” sebab kumpulan penulis Oxford Study had cherry-picked studies to be reviewed.
(You can read the full contents in the link given below)
Pembaca mungkin tertanya-tanya mengapakah ahli-ahli sains sangat membantah penggunaan rawatan yang belum cukup terbukti di dalam suasana klinikal? Ini boleh dirujuk dalam kes kesan sampingan thalidomide yang pernah menggemparkan dunia beberapa dekad lepas (mungkin akan ada artikel tentang thalidomide selepas ini sekiranya trivia itu belum pernah disentuh oleh manamana penulis The Patriots).
Perenggan 16
Benar, ramai ahli-ahli sains bantah. Sesiapa yang berpandukan kepada WHO, FDA dan KKM pun turut bantah tak kira saintist, doktor, menteri, derebar atau tukang kebun. Pada masa yang sama pembaca, dan seharusnya saudara Harith, juga mungkin tertanya-tanya mengapakah ahli-ahli sains sangat meyokong penggunaan ivermectin sebagai prophylaxis (preventative) dan rawatan (treatment). Tak kan mereka hanya ikut emosi? Actually, we could already perceive Harith’s bias and prejudice from the first three paragraphs and subsequently from his lack of ackowledgment and assessment of credible counter arguments and rebuttals.
Saya rasa kita tak perlu sembang pasal thalodomide. That was 60-70 years ago. Fokus…. Fokus….
Penggunaan meluas lvermectin secara sub-piawai menimbulkan beberapa masalah, antaranya; peningkatan kes kesan sampingan buruk hasil dari penggunaan lvermectin yang tidak bertauliah, kesukaran untuk mencari sukarelawan dalam ujian klinikal fasa Ill membabitkan lvermectin kerana tidak dapat ditentukan siapa yang pernah menggunakan lvermectin atau tidak, dan akhir sekali menyukarkan pakar untuk menentukan fungsi sebenar lvermectin dalam merawat jangkitan COVID-19.
Perenggan 17
Saya faham pandangan saudara Harith. One suggestion is to let doctors administer ivermectin to patients. Doctors know best how to treat their patients and will keep medical records of their patients’ progress. Other than that, I am confident the government is capable of developing a methodology and system for recording and statistical purposes. The problem is that at this time too many people are getting infected and dying every day hence the call for ivermecton to be immediately approved for emergency use and given its long safety profile.
Akhir kata, setakat ini lvermectin tidak lebih dari sekadar rawatan populis, yakni hanyalah sekadar rawatan berdasarkan emosi orang ramai dalam melawan jangkitan COVID-19. Sehingga benar-benar dibuktikan oleh mana-mana kajian dan kemudiannya kajian tersebut dihasilkan semula oleh sekelompok pakar yang lain, selagi itulah penggunaan lvermectin tidak lain tidak bukan, hanyalah sekadar placebo yang mungkin membahayakan nyawa para pengguna, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakannya tanpa nasihat pakar yang bertauliah.
Perenggan 18 (final paragraph)
Saudara Harith’s conclusion is a case of he-says-she-says. Saya pula boleh kata:
Akhir kata, setakat ini vaksin tidak lebih dari sekadar rawatan populis, yakni hanyalah sekadar rawatan berdasarkan emosi dan ketakutan (panic) orang ramai — dan sebab berpandukan kepada WHO, FDA dan KKM — dalam melawan jangkitan COVID-19. Sehingga benar-benar dibuktikan oleh mana-mana kajian dan kemudiannya kajian tersebut dihasilkan semula oleh sekelompok pakar yang lain, selagi itulah penggunaan vaksin tidak lain tidak bukan, hanyalah false security yang mungkin membahayakan nyawa para pengguna, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakannya tanpa mengetahui risiko, kesan jangkapanjang (long term effect) dan tanpa pengetahuan apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas divaksin.
The vaccine may be necessary for the high-risk group, particularly if they have no other means of boosting their immune system. I have no argument on that. I agree.
However, please give ivermectin a chance on an emergency basis as a preventative measure and treatment at early stage because people are getting infected, hospitalised and dying everyday in record numbers. The worst case is that it is not effective at all (which is unlikely based on many testimonies) but there is hardly any safety risk. If the vaccine can be approved on an emergency basis then even more so should ivermectin, which has been around for much longer.
Having said all that, everyone should also as best as possible strengthen their immune system through natural means (nutrition etc) and supplements if necessary and change in lifestyle (e.g. exercise, avoid sugar etc). It will greatly increase your chance of a speedy recovery regardless whether you are vaccinated or on ivermectin or both or neither. Wallahu a’lam.
– AA –
RUJUKAN:
- The FDA-approved drug ivermectin inhibits the replication of SARS-CoV-2 in vitro
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0166354220302011 - Ivermectin and COVID-19: A report in Antiviral Research, widespread interest, an FDA warning, two letters to the editor and the authors’ responses
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7172803/#bib3 - FDA Letter to Stakeholders: Do Not Use Ivermectin Intended for Animals as Treatment for COVID-19 in Humans
https://www.fda.gov/animal-veterinary/product-safety-information/fda-letter-stakeholders-do-not-use-ivermectin-intended-animals-treatment-covid-19-humans - Ivermectin for the treatment of COVID-19: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. (Published by Oxford University Press for the Infectious Diseases Society of America)
https://academic.oup.com/cid/advance-article/doi/10.1093/cid/ciab591/6310839 - Statement of Concern and Request for Retraction: Clinical Infectious Disease’s Acceptance of “Roman et al.”
https://trialsitenews.com/statement-of-concern-and-request-for-retraction-clinical-infectious-diseases-acceptance-of-roman-et-al/
https://bird-group.org/wp-content/uploads/2021/07/LetterToEditorReRoman-et-al-3-July-2021_R.pdf
https://bird-group.org/letter-to-editor-of-journal-requesting-retraction-of-roman-et-al-meta-analysis/ - CDC study shows 74% of people infected in Massachusetts Covid outbreak were fully vaccinated
https://www.cnbc.com/2021/07/30/cdc-study-shows-74percent-of-people-infected-in-massachusetts-covid-outbreak-were-fully-vaccinated.html - Singapore omits Sinovac shots from COVID-19 vaccination tally
https://www.reuters.com/world/asia-pacific/singapore-not-counting-sinovac-shots-covid-19-vaccination-tally-2021-07-07/